ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Pegawai LHDN bergambar selepas berjaya menghantar BNCP mereka menggunakan kemudahan e-Filing/m-Filing dari Rumah Rehat Laban Rata, Gunung Kinabalu, Sabah.
BAGI menggalakkan orang ramai menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) tahun ini, 30 pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menyahut cabaran untuk mempromosikan e-Filing dan m-Filing dari puncak Gunung Kinabalu, Sabah.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), Datuk Sabin Samitah berkata, ia merupakan program jati diri secara sukarela dan ditanggung pembiayaan sepenuhnya oleh para peserta.
"Sepanjang laluan pendakian dari Mersilau sehingga ke Laban Rata, setiap peserta diberi tanggungjawab menyampaikan mesej kebaikan yang ditawarkan oleh e-Filing dan m-Filing sebagai medium penghantaran BNCP kepada para pendaki serta pengunjung Taman Sabah yang lain.
"Antara kebaikan menghantar BNCP melalui kaedah elektronik ini ialah, pemprosesan taksiran cukai pendapatan mereka akan lebih cepat dan pembayaran balik cukai terlebih bayar juga dapat dilakukan dengan pantas," katanya melalui kenyataan media, baru-baru ini.
Menurutnya, melalui BNCP, pembayar cukai juga tidak perlu bimbang dengan masalah kehilangan borang yang dihantar melalui perkhidmatan pos mahu pun kurier kerana BNCP tersebut akan terus direkodkan dalam sistem LHDN sebaik sahaja ia berjaya dihantar.
"Pembayar cukai juga boleh menyimpan salinan BNCP tersebut dalam komputer atau pun telefon pintar mereka sebagai rekod.
"Oleh itu, saya berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia bukan sahaja dapat meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pentingnya cukai pendapatan, malah dapat mempromosikan tempat-tempat menarik di seluruh Malaysia," katanya.
Program yang julung kali diadakan ini telah memperlihatkan 12 orang peserta dan pendaki berjaya menghantar BNCP mereka menggunakan kemudahan e-Filing/m-Filing dari Rumah Rehat Laban Rata.