BTC USD 19,386.7 Gold USD 1,666.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News LG UltraPC 16 & 17 Di Kemaskini, Pilihan CPU AMD & Intel Baru

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
35,554
Reaction score
4,607
Points
296
Awards
1
Di Malaysia, LG mungkin lebih dikenali untuk siri televisyen OLED pintar mereka ataupun perkakasan-perkakasan elektronik, tetapi mereka juga dikenali untuk komputer-komputer riba mereka di beberapa pasaran tertentu, dan terkini mereka telah mengemaskini penawaran salah satu model mereka dengan komponen-komponen terbaru.

LG UltraPC 16 dan LG UltraPC17 ialah siri komputer riba mereka yang hadir dengan spesifikasi yang lebih berkuasa berbanding dengan siri LG gram. Dari segi paparan, LG UltraPC 16 dan 17 hadir dengan paparan IPS bersaiz 16 dan 17 inci dengan resolusi 1920×1200 dan 2560×1600.

lg-ultrapc_01-950x754.jpg.webp


Dari segi cip pemprosesan, LG UltraPC 17 dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-1260P manakala LG UltraPC 16 dikuasakan oleh AMD Ryzen 7 5825U dengan memori sebanyak 16GB, dimana LG UltraPC 17 menggunakan memori DDR5 dan LG UltraPC 16 menggunakan memori DDR4. Dari segi storan pula kedua-dua komputer riba ini menggunakan storan SSD PCIe sebesar 512GB.

Satu lagi perbezaan diantara kedua-dua komputer riba ini dapat dilihat daripada penawaran kad grafik dimana model 17 inci tampil dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti manakala model 16 inci menggunakan kad grafik AMD Radeon Vega 8 terbina didalam CPU. Dari segi bateri pula, LG UltraPC 17 mempunyai bateri 80Wh dengan adapter pengecasan 150W manakala LG UltraPC 16 tampil dengan bateri 75Wh dengan adapter pengecasan 65W USB-C.

Komputer-komputer riba ini hadir ke pasaran-pasaran terpilih seperti Amerika Syarikat terlebih dahulu pada harga $1599 (~RM7281) untuk LG UltraPC 17 dan $999 (~RM4550) untuk LG UltraPC 16.

Sumber asal https://www.theverge.com/2022/9/19/23361153/lg-ultra-pc-17-16-gram-portable-laptop-launch-price-size
 

CG Sponsors




Top
Log in Register