BTC USD 22,715.5 Gold USD 1,922.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lewat 2 jam, masuk penjara tiga tahun

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
KUANTAN: Hasrat seorang pembantu kedai makan yang menjalani tempoh sekatan mengikut Akta Dadah Berbahaya, Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 di daerah ini mendirikan rumah tangga tahun depan tidak kesampaian apabila di penjara tiga tahun gara-gara terlewat dua jam melapor diri kepada pihak berkuasa.

Shahril Ahmad, 30, dari Tanjung Tokong, Georgetown, Pulau Pinang, dikenakan sekatan berkenaan selama dua tahun selepas melakukan kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah dan dikehendaki melaporkan diri di Balai Polis Beserah, di sini, setiap Isnin, antara jam 8 pagi hingga 6 petang.

Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Shahril ditahan seterusnya dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun mengikut Seksyen 6 (3)(f) akta berkenaan.

Bagaimanapun, Shahril dikatakan gagal mematuhi arahan melapor diri pada waktu ditetapkan apabila tiba di balai polis berkenaan pada jam 8 malam, 30 November lalu.

Dia ditahan sejam kemudian sebelum dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, dan kesnya didengar di depan Majistret Nurdiana Abdul Aziz.

Dalam pengakuannya, Shahril yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah dan mendakwa dia tidak sengaja datang lambat ke balai berkenaan dan tiba dua jam selepas waktu sekatan berakhir pada jam 6 petang.

Dia kemudian merayu mahkamah supaya meringankan hukumannya berikutan akan mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan hati di kampung asalnya yang dijadualkan tahun depan.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register