BTC USD 58,945.9 Gold USD 1,802.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Letusan Merapi paling dahsyat, 54 dilaporkan terbunuh

hab81020

Super Active Member
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,116
Reaction score
231
Points
83
JAKARTA 5 Nov. – Letusan Gunung Merapi tengah malam tadi adalah yang paling dahsyat setakat ini, dengan semburan awan panas setinggi 8,000 meter ke udara, selain menghasilkan hujan abu volkanik, hujan pasir serta kerikil sehingga ke Yogyakarta, yang terletak kira-kira 40 kilometer dari gunung berapi itu.

Sekurang-kurangnya 54 orang, kebanyakannya dari kawasan Cangkringan di daerah Sleman, mati akibat melecur di seluruh badan terkena abu volkanik, manakala 66 lagi cedera dengan lebih 40 peratus kesan lecuran.

Berpuluh-puluh ribu penduduk dipindahkan selepas pihak berkuasa meningkatkan radius zon keselamatan kepada 20 kilometer di luar puncak Gunung Merapi, termasuk penduduk Sleman (dipindahkan ke Stadium Maguharjo) yang sering terdedah kepada ancaman awan panas Merapi.

Lapangan Terbang Adisucipto di Yogyakarta pula ditutup kerana ditimpa abu volkanik, sementara penerbangan ke destinasi itu serta ke Solo dibatalkan.

Sementara itu, lebih 500 pelajar Malaysia di Yogyakarta, Magelang dan Solo kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk dibawa pulang.

Pengarah Education Malaysia (EM) di Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar berkata, semua pelajar sedang dipindahkan ke Solo, yang terletak 65 kilometer dari Merapi dan 85 kilometer dari Yogyakarta, sebelum diterbangkan ke Malaysia. – Bernama:(
 
Sponsored Post

kalau

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
memang kena clear dah kawasan tu.......

pyroclastic tak kenal sapa2 kalo dia dah turun.....
 

joeyss

Fun Poster
Joined
Oct 26, 2007
Messages
951
Reaction score
16
Points
25
tengok berita tadi, semua warna kelabu.. macam tv hitang putih plak
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,199
Reaction score
94
Points
1,020
fuh ... mintak jauhkan ..
 

tebbaloi

Legendary Member
Joined
Mar 4, 2009
Messages
13,457
Reaction score
444
Points
131
gerun lakk aku tgk berita tadi.. rasa cam kiamat :(( mintak di jauhkann ..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register