BTC USD 96,924.8 Gold USD 2,884.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Letak nama isteri dalam senarai penerima zakat, pengerusi masjid direman

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,734
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,734
Reaction score
6,745
Points
881
Awards
1
Letak nama isteri dalam senarai penerima zakat, pengerusi masjid direman

PENGERUSI masjid (tengah) yang direman selepas disyaki melakukan salah guna kuasa dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
KEMAMAN: Seorang pengerusi masjid di daerah ini ditahan reman selama enam hari bermula hari ini selepas disyaki menyalah guna kuasa dengan menyenaraikan individu bukan miskin termasuk isterinya sebagai penerima bantuan zakat kepada sebuah badan kebajikan swasta, pada April lalu.

Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia lingkungan 50-an itu dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin selepas mendapat permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pagi tadi.

Menurut sumber, suspek bersama isterinya ditahan kira-kira pukul 2.45 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kemaman.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati suspek melakukan kesalahan tersebut pada April lalu dan seramai 50 penerima yang tersenarai telah menerima wang zakat bernilai RM1,000 setiap seorang.

“Suspek disyaki menerima dana zakat tersebut daripada sebuah syarikat minyak di negeri ini dan suspek merupakan pekerja syarikat itu.

“Isteri suspek yang juga penerima zakat itu, bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan SPRM,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid mengesahkan penahanan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – UTUSAN
 
Sponsored Post

“Suspek disyaki menerima dana zakat tersebut daripada sebuah syarikat minyak di negeri ini dan suspek merupakan pekerja syarikat itu.

suspek pekerja syarikat tu + ajk masjid
dpt 1k penerima... 1k nye hal jd kes sprm terus ..

cume persoalan kenape kes sprm?? rasanya syarikat leh buat domestic inquiry je .. atau org masjid yg report??
 
ada la tu surat layang sampai ke sprm....sprm takkan masuk campur kalau tiada info diberikan oleh mana2 pihak.
 
“Suspek disyaki menerima dana zakat tersebut daripada sebuah syarikat minyak di negeri ini dan suspek merupakan pekerja syarikat itu.

suspek pekerja syarikat tu + ajk masjid
dpt 1k penerima... 1k nye hal jd kes sprm terus ..

cume persoalan kenape kes sprm?? rasanya syarikat leh buat domestic inquiry je .. atau org masjid yg report??
rasanya ada org ngadu je ni, nk snang ngadu je trus ke sprm. kalo ngadu ke lain slalunya snyp gitu je..
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register