BTC USD 40,614.2 Gold USD 1,866.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Letak jawatan jika tidak selesa dengan kerajaan PN - Hadi Awang

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,417
Reaction score
2,394
Points
201

Letak jawatan jika tidak selesa dengan kerajaan PN - Hadi Awang​

1620626664304.jpeg
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mahu penjawat awam mengikut arahan kerajaan yang dikuasai parti-parti yang memerintah walaupun mereka tidak menyokong parti yang membentuk kerajaan itu.

Katanya, sekiranya, penjawat awam tidak selesa dengan kerajaan bukan daripada parti yang disokong mereka, secara moral mereka boleh meletakkan jawatan.

“Mengikut peraturan, pegawai yang dikekalkan itu mestilah mengikut arahan kerajaan yang dikuasai oleh parti yang memerintah, walaupun mereka tidak menyokong parti yang menjadi kerajaan.

“... secara moral mereka boleh sahaja meletakkan jawatan dan tidak memegang jawatan mengikut kemahuannya,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya semalam.





Hadi seterusnya menggunakan contoh seorang pemain bola sepak profesional dari Kedah yang menerima tawaran bermain di Selangor dengan bayaran lebih mahal.

"Dalam perlawanan bola sepak antara negeri asalnya iaitu Kedah dengan pasukan bola sepak negeri Selangor, tiba-tiba dia menyerang pintu gol Selangor untuk memenangkan pasukan negeri asalnya.

"Ini adalah suatu perkara yang salah dari segi moral.

"Begitulah mereka yang menyokong Pakatan Harapan (PH) dan berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), tiba-tiba mengikut arahan PH yang sudah tidak menjadi kerajaan lagi," katanya.

Pada pilihan raya umum ke-14 lalu pada tahun 2018, Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Namun menerusi langkah Sheraton, pada 2020, dengan tindakan Dr Mahathir Mohamad bertindak meninggalkan Bersatu selepas presidennya, Muhyiddin Yassin itu membuat keputusan untuk keluar PH, gabungan itu tumbang.

8fc09af7158fbdced9a1106d3c6ce83d.jpg

Pada Mac tahun itu, Bersatu bersama BN, PAS, GPS dan parti dari Sabah membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, hubungan antara Umno dan Bersatu retak apabila kedua-dua parti tidak lagi sehaluan selepas membentuk kerajaan.
 
Sponsored Post

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
13,273
Reaction score
3,138
Points
201
Punca knpe tghh kluar statement gini ?

Adakah sbb banyak rahsia kerajaan bocor ?
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
11,691
Reaction score
1,604
Points
201
Punca knpe tghh kluar statement gini ?

Adakah sbb banyak rahsia kerajaan bocor ?
Dl ms zaman bn bnyk jgk rahasia yg bocor, siap sapa yg bocorkan rahsia di anggap hero....jgn di politikkn semua benda kena batang hidung blk skg nie
 

qubs

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2010
Messages
9,677
Reaction score
219
Points
73
ke dia tuju jgk kpd menteri PAS dlm kabinet
 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
7,380
Reaction score
888
Points
121
diam lg baik
byk ckp org benci
 

zari83

Active+ Member
Joined
Nov 24, 2011
Messages
3,246
Reaction score
773
Points
81
aku tak setuju dengan pandangan dia.. penjawat awam pun manusia biasa yg ada hak untuk tidak bersetuju dgn dasar2 dan polisi kerajaan.. tapi itu bukanlah tiket untuk mereka melanggar dasar yang telah digariskan kerajaan semasa.. jgn sampai ada yang keluarkan fatwa hukumnya haram plak sudah...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register