BTC USD 62,006.8 Gold USD 4,258.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lesen TV

puyol

CG Top Poster Club
gem
Messages
43,129
Top Poster #10
Joined
Jun 28, 2011
Messages
43,129
Reaction score
7,332
Points
481
Lesen Alat Terima Siaran atau lebih dikenali sebagai Lesen TV ini memang merupakan satu dokumen yang perlu ada di dalam setiap rumah yang memiliki set radio dan TV suatu ketika dahulu. Adalah menjadi satu kesalahan dan akan didenda sekiranya pemilik set radio dan TV pada waktu itu tidak memiliki Lesen TV ini. Bayarannya ialah RM24 bagi tempoh setahun dan boleh dibayar di mana-mana Pejabat Pos di seluruh Malaysia pada waktu itu.

Lesen_1.jpg


Pada kebiasaannya Lesen TV ini akan dipamerkan di dalam rumah supaya mudah dilihat oleh pegawai penguat kuasa yang datang membuat pemeriksaan. Terpulanglah kepada tuan rumah sama ada untuk membingkaikannya ataupun hanya melekatkannya di dinding dengan menggunakan paku tekan. Lesen TV yang bertarikh 15.07.1999 dan tamat pada 15.07.2000 ini masih baru dan merupakan siri yang terakhir sebelum penggunaannya dimansuhkan pada tahun 1999. Bagi Lesen TV yang terawal, butiran yang terdapat pada Lesen TV ini adalah bertulis tangan dan bukannya cetakan komputer. Walaupun telah pudar, tetapi masih boleh dibaca.

Lesen_2.jpg


Tetapi apa yang lebih menyeronokkan di sini ialah mengenai beberapa kisah lucu yang boleh kita kongsikan bersama iaitu semasa pegawai penguat kuasa Lesen TV datang membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah pada waktu itu. Kepada pembaca yang pernah mengalami sendiri kisah menyorokkan TV dengan membungkusnya dengan selimut ataupun tilam bolehlah kita kongsikan bersama. Ada juga yang terlebih sorok sehingga terlupa di mana radio itu disorok... He.. he..<br /></div><br /><div style="text-align: left;">Maka kelam-kabutlah (kepada mereka yang tidak memiliki Lesen TV ini) memberikan berbagai alasan untuk mengelakkan daripada didenda oleh penguat kuasa. Alasan yang paling popular ialah TV rosak, ada yang menumpangkannya di rumah jiran yang memiliki lesen dan yang paling kelakar ialah mengaku tidak pernah memiliki TV tetapi antenna TV kelihatan di bumbung rumah...

01052010(008).jpg


Jika difikirkan apalah sangat dengan RM2.00 sebulan itu jika dibandingkan dengan siaran sebuah stesen TV berbayar kini yang paling minima RM40.00 sebulan itu tetapi asyik menyiarkan siaran yang berulang-ulang...

Kepada pembaca terutamanya generasi baharu yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai lesen TV ini bolehlah ke:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Lesen_televisyen
 
Aku pernah merasa zaman lesen TV ni
 
rumah aku takde lesen tv....... sebab negok tv guna pc je... hehehe
 
Aku dulu pakai tv cucuk wayar bateri kereta...kalau beteri kong,tak dapat nak tengok tv....
 
Sorok tv kt bendang dulu
 
Back
Top
Log in Register