BTC USD 54,388.7 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lesen Kontraktor Dan Konsultan Digantung Sementara

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
MELAKA, 17 Dis (Bernama) -- Lesen kontraktor dan konsultan bertanggungjawab bagi pemasangan dan pembekalan paip gas cecair asli (LPG) yang dilaporkan antara punca kejadian letupan di pusat beli belah di Aeon Jusco di sini Isnin lepas, digantung serta merta bermula pada hari Khamis.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka Nik Zulkifli Ibrahim berkata penggantungan itu berdasarkan siasatan awal jabatan yang mendapati berlaku kecuaian prosedur operasi piawaian (SOP) dalam insiden itu.

"Letupan berlaku kerana terdapat kebocoran gas di sebuah outlet restoran Tea & Food di ruang medan selera pusat beli belah," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata laporan penuh kejadian itu akan disiapkan dan dihantar untuk penilaian oleh kerajaan negeri dalam masa dua minggu.

Dalam insiden Isnin lepas, seorang maut manakala 20 cedera termasuk empat parah di pusat beli belah terbaru di Melaka yang berharga RM500 juta.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register