Lesen Dah Batalkan, Di Benar Buka Semula!!!!

CG Sponsors




shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,005
Reaction score
208
Points
133
Saturday, January 9, 2010
TERBARU: Lima kelab malam terkemuka ibukota dibenarkan memperbaharui lesen hiburan



5 isi penting:

1) 5 buah kelab malam TERKEMUKA sekitar Kuala Lumpur
2) diizinkan perbaharui semula lesen hiburan setelah dibatalkan sebelum ini
3) diumumkan oleh menteri WPKB, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
4) berlaku setelah Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen melakukan pertemuan dgn Nong Chik - melahirkan kekesalan menutup premis kelab malam
5) Raja Nong Chik bersetuju dgn Ng Yen Yen bahawa 'penutupan premis hiburan tidak sepatutnya berlaku kerana sepanjang Jalan P.Ramlee dikenali sebagai kawasan hiburan di waktu malam'

Berita penuh...


Lima Kelab Di Jalan P.Ramlee Dibenarkan Perbaharui Lesen

KUALA LUMPUR: Lima buah kelab malam terkemuka di Jalan P. Ramlee di sini yang sebelum ini lesen hiburannya dibatalkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana menghasilkan bunyi bising melebihi had kini dibenarkan untuk memperbaharui lesen berkenaan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, beliau membuat keputusan itu setelah pengusaha-pengusaha kelab itu merayu dan berjanji untuk mengawal paras bunyi berkenaan.

"Setelah berbincang dengan pengusaha-pengusaha kelab ini, saya dah buat keputusan untuk memberi laluan kepada pengusahapengusaha kelab ini memperbaharui lesen mereka.

"Mereka telah menulis surat rayuan, di mana mereka telah merayu dan mohon maaf kepada Datuk Bandar dan juga DBKL atas tindakan lalu iaitu berkenaan dengan pengawalan paras bunyi dan mereka berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya selepas ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kelab malam yang terlibat ialah Rum Junggle, Bar & Restaurant, Beach Club Cafe, Thai Club & Bistro, Passion atau Padi House serta Aloha. Beliau berkata, kelima-lima pengusaha kelab berkenaan memberi jaminan kepadanya bahawa tidak akan wujud paras bunyi yang lebih daripada had ditetapkan.

Menurutnya, standard bunyi pada waktu siang tidak melebihi 55 desibel dan pada waktu malam tidak melebihi 65 desibel.

Sementara itu, di Petaling Jaya, Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen berkata, beliau menemui Raja Nong Chik meminta agar DBKL menimbangkan tindakan mereka.

Ng berkata, penutupan premis hiburan tidak sepatutnya berlaku kerana sepanjang Jalan P.Ramlee dikenali sebagai kawasan hiburan di waktu malam.

Beliau berkata, Raja Nong Chik juga mempunyai pandangan sama dan bersetuju mengkaji semula garis panduan dan peraturan mengenai gangguan ketenteraman awam disebabkan bunyi daripada premis hiburan. - BERNAMA
sumber
 
Sponsored Post

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,244
Reaction score
26
Points
70
kalau tgk 360 TV3, macam2 hal melibatkan kelab2 malam ni. dgn isu pelacurnya, dgn isu pendatangnya, dgn isu syabunya, dgn dadahnya dam macam2 lagi. serbuan demi serbuan pun tak gugat diorangnya. Anak2 muda pun ramai yg dah jadi kaki kelab malam ni. Mulalah berjinak2 dgn arak dan dadah. patut buat undang2 org Islam tak boleh masuk kelab malam ni cam kedai no ekor. Tapi bila penguatkuasaan lemah, semua tu tak jadi apa pun.
 

acan

Banned
Joined
May 31, 2009
Messages
19,661
Reaction score
15
Points
120
lantak korang lah..
 

hafizuka

Super Active Member
Joined
Sep 25, 2008
Messages
6,956
Reaction score
261
Points
81
dah tu sape kat blakang Ng Yen Yen tu, dah tentu owner2 kelab malam tu yang support her political career

Agaknya ekonomi Malaysia malap kot kalau tak disinari lampu lip lap kelab malam

apa nak jadi la Malaysia
 

abahmu

Legendary Member
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,951
Reaction score
124
Points
123
biasala tu..umno kan anjing tunggangan MCA :))
 

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
makin sosialis gini..
 

KLVIPER

Legendary Member
Joined
Mar 31, 2008
Messages
16,574
Reaction score
485
Points
131
alah...kedai dvd haram pun takleh nak control. ari tu kat solaris kedai tu siap masuk metro lagi kata kena serbu. lepas dua tiga hari kedai tu bukalagi sampai lah hari ni. berapa agaknya tokey kedai tu bayor PAMPASAN kat pihak makan SUAPYE?


melayu bila tengok duit je mulalah kelabu mata. GERAM................
 

peija06

Super Active Member
Joined
Feb 19, 2007
Messages
6,506
Reaction score
78
Points
70
jgn risau..
kita kan negara islam..:">
 

muorian

Active+ Member
Joined
Apr 27, 2007
Messages
3,794
Reaction score
55
Points
40
undang-undang bangsat, mmg camni.. yang penting poket penuh, bangkai..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register