BTC USD 42,519.4 Gold USD 1,776.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lepas 12 tahun, bapa Altantuya beri keterangan kes saman RM100j

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,872
Reaction score
14,756
Points
1,906
Kerajaan gagal kecuali diri dari saman keluarga Altantuya

Diterbitkan 4 Sep 2019, 4:27 petang | Dikemaskini 4 Sep 2019, 5:21 petang

d68887c47c2ac7f912e627b509e8b8a3.jpeg



Kerajaan Malaysia gagal dalam cubaan untuk mengecualikan diri daripada tuntutan saman keluarga mendiang warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Mahkamah Persekutuan Putrajaya memutuskan kerajaan Malaysia tidak memenuhi keperluan untuk pengecualian itu memandangkan kegagalannya membangkitkan persoalan undang-undang baru bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, bagi membolehkan diberi kebenaran untuk membuat rayuan.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak David Wong Dak Wah mempengerusikan panel tiga hakim yang terdiri daripada hakim Mahkamah Persekutuan, Alizatul Khair Osman dan P Nallini.

David mengarahkan kerajaan membuat bayaran kos RM5,000.

Keluarga Altantuya diwakili peguam Sangeet Kaur manakala peguam kanan persekutuan Nik Suhaimi Nik Sulaiman pula mewakili kerajaan.

Bulan lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan untuk meletakkan semula kerajaan sebagai defendan dalam tuntutan saman yang difailkan keluarga Altantuya.

Sebelum itu, Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan di Jabatan Peguam Negara, Nik Suhaimi Nik Sulaiman, meminta Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran untuk membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.

Keluarga Altantuya memfailkan RM100 juta tuntutan saman sivil terhadap penganalisis politik Abdul Razak Baginda, dua anggota polis, dan kerajaan Malaysia pada 2007.

Anggota keluarga mendiang terdiri daripada ayah Altantuya, Shaariibuu Setev, isterinya, Altantsetseg Sanjaa, serta dua cucunya, Mungunshagai Bayarjargal.

Bagaimanapun, ekoran kematiannya dua tahun lepas, nama Altanshagai dikeluarkan daripada nama plaintif.

Perbicaraan itu bermula di Mahkamah Tinggi Shah Alam, dan akan bersambung pada satu tarikh yang belum ditetapkan.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas sebutan kes, Sangeet memaklumkan pengurusan kes dijadualkan pada 30 September.

Altantuya dipercayai dibunuh di pinggir kawasan Shah Alam pada 19 Oktober 2006, dengan mayatnya yang diledakkan oleh bahan letupan tentera.

Sirul dan Azilah, kedua-duanya pengawal peribadi kepada timbalan perdana menteri ketika itu disabitkan dengan pembunuhan itu, sementara Razak dibebaskan dari tuduhan.

Sabitan itu dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 2013, dan Sirul meninggalkan Malaysia dan pergi ke Australia, sebelum Mahkamah Persekutuan kembali menegakkan sabitan itu pada 2015.

Australia dilaporkan enggan mengusir Sirul sehinggalah Malaysia memansuhkan hukuman mati.

 
Sponsored Post

stonz

Active+ Member
Paid Membership
Joined
Sep 18, 2008
Messages
4,838
Reaction score
212
Points
43
Mcm mane nak reka traksaksi bank?
susah bincang dengan orang yang tak paham prosedur undang2 dan mahkamah....

betul la kata ulama' dahulu, "Aku boleh berbahas/berbincang dengan orang yang berilmu, tetapi aku akan kalah kalau berbahas/berbincang dengan orang bodoh sombong."
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,872
Reaction score
14,756
Points
1,906
Keluarga Altantuya tarik balik rayuan guna pakai sabitan jenayah

Diterbitkan Hari ini 4:30 petang | Dikemaskini Hari ini 4:30 petang

d68887c47c2ac7f912e627b509e8b8a3.jpeg


Keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu hari ini menarik balik rayuan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan untuk mengguna pakai keputusan sabitan jenayah di Mahkamah Persekutuan berhubung kes pembunuhan model itu, dalam saman sivil.

Peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili keluarga Altantuya memaklumkan panel tiga anggota Hakim Mahkamah Rayuan berhubung penarikan balik rayuan itu tanpa sebarang perintah kos.

Hakim Datuk Dr Badariah Sahamid yang mempengerusikan panel itu kemudiannya mengetepikan rayuan tersebut. Turut bersidang ialah Hakim Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Nor Bee Ariffin.

Keluarga itu - bapa Altantuya Dr Shaariibuu Setev, ibunya Altantsetseg Sanjaa serta dua anak lelaki Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga -- memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 1 Okt 2018, yang menolak permohonan mereka untuk menggunakan bukti dalam keputusan Mahkamah Persekutuan yang telah mensabitkan dua anggota polis dalam pembunuhan itu, dalam saman sivil RM100 juta mereka.

Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang kini merupakan Hakim Mahkamah Rayuan berkata, Seksyen 43 Akta Keterangan tidak membenarkan penggunaan sabitan jenayah dalam kes sivil.

Keluarga Altantuya memfailkan tuntutan saman pada 4 Jun 2007 dengan mendakwa kematian model itu telah menyebabkan mereka mengalami trauma mental dan psikologi serta menuntut ganti rugi termasuk tuntutan pergantungan.

Mereka menamakan dua anggota polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda dan kerajaan Malaysia sebagai defendan dalam saman itu.

Abdul Razak didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar dalam pembunuhan Altantuya, 28, pada 2006. Dia dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada Oktober 2008 di akhir kes pendakwaan tanpa dipanggil membela diri sementara Azilah dan Sirul Azhar disabitkan kesalahan pada 2009.

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dan membebaskan mereka daripada pertuduhan namun pembebasan mereka dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Jan 2015, berikutan rayuan pendakwaan.

Sangeet Kaur memberitahu pemberita bahawa rayuan itu ditarik balik berikutan kedudukan undang-undang menyatakan sabitan jenayah tidak boleh digunakan dalam tuntutan sivil.

Peguam Kanan Persekutuan Norinna Bahadun mewakili tiga responden manakala Sangeet menyebut bagi pihak peguam Abdul Razak.

- Bernama

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,872
Reaction score
14,756
Points
1,906
Free Malaysia Today
3 min ·
Azilah Hadri membuat satu akuan berkanun mendakwa Najib memberi arahan supaya membunuh Altantuya.


Peguam keluarga Altantuya mahu SD Azilah ‘disiasat segera’, pasukan Najib ‘tidak terperanjat’

December 16, 2019 5:42 PM

whatsapp.svg

sharethis.svg

Azilah-Hadri-Sirul-Azhar-Umar-collage-161219-1.jpg

Azilah Hadri (kiri) dan Sirul Azhar Umar dijatuhi hukuman mati kerana membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu

PETALING JAYA: Peguam yang mewakili keluarga mendiang Altantuya Shaariibuu menggesa siasatan segera dilakukan berhubung dakwaan terbaru terhadap Najib Razak berkait kes pembunuhan wanita tersebut pada 2006, sementara sumber yang rapat dengan bekas perdana menteri itu mendakwa ia merupakan satu konspirasi untuk memenjarakan beliau.

Ini susulan laporan bahawa Azilah Hadri, salah seorang bekas polis yang dijatuhi hukuman mati kerana pembunuhan kejam Altantuya, membuat satu akuan berkanun (SD) dari dalam penjara mendakwa Najib memberi arahan kepada mereka supaya melakukan pembunuhan tersebut.

Antara lain Azilah berkata bahawa Abdul Razak Baginda, bekas kekasih Altantuya yang dilepaskan daripada tuduhan membunuh, dan pegawai kanan polis Musa Safri, maklum tentang “arahan” daripada Najib itu.

“Pendedahan oleh Azilah dalam SD beliau sangat mengejutkan dan keluarga Altantuya akan membuat permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk menjadi pemerhati dalam semakan mahkamah ke atas permohonan tersebut,” kata Ramkarpal Singh yang mewakili 2 anak Altantuya, bapanya Shaariibuu Setev dan isteri beliau.

Mereka menuntut ganti rugi daripada Azilah, rakan jenayahnya Sirul Azhar Umar, Razak Baginda dan kerajaan Malaysia.

Sirul kini ditahan di pusat tahanan imigresen Australia sejak 3 tahun lepas selepas melarikan diri ke negara berkenaan.

Pihak berkuasa Australia tidak menghantar pulang pencari suaka yang berdepan hukuman mati.

Najib hari ini menolak dakwaan Azilah dengan menyifatkannya sebagai langkah terdesak orang yang berdepan hukuman mati.

“Kenapa maklumat ini tidak ditimbulkan sebelum ini, tetapi hanya sekarang, lebih sedekad selepas kematiannya (Altantuya) dan selepas 19 bulan PH berkuasa?” soal Najib, dengan menambah bahawa ia juga adalah percubaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengalih perhatian orang ramai daripada kegagalannya.

Azilah dan Sirul merupakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis ketika ditangkap kerana membunuh Altantuya, wanita warga Mongolia yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Abdul Razak Baginda.

Kes pembunuhan ini turut dikaitkan dengan pembelian 2 kapal selam kelas Scorpene buatan Perancis pada 2002 dan suapan yang diterima oleh Razak, yang merupakan pembantu Najib, iaitu menteri pertahanan ketika itu.

Dalam perbicaraan kes tersebut, mahkamah diberitahu bahawa beliau (Altantuya) dibunuh di kawasan hutan di Shah Alam pada 2006 dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan.

Najib berulang kali menolak dakwaan penglibatan beliau dalam pembunuhan tersebut.

Ramkarpal berkata, keluarga Altantuya akan meminda saman sivil mereka bagi memasukkan dakwaan terbaru yang terkandung dalam SD Azilah dan juga apa-apa dapatan baru yang mungkin diperolehi daripada siasatan polis.

“Keluarga Altantuya tidak akan menyerah kalah sehingga motif dan personaliti di belakang pembunuhan beliau didedahkan dan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Menurut sumber yang rapat dengan pasukan pembela, peguam yang mewakili Najib tidak terkejut dengan dakwaan tersebut.

Sumber bgaimanapun memberitahu, kandungan SD Azilah boleh digunakan sebagai alasan untuk menahan Najib tanpa ikat jamin.

“Mereka tidak boleh membiarkannya terus bercakap dan mendedahkan kelemahan PH di media sosial dan dalam ceramah yang dianjurkan di seluruh negara,” kata sumber kepada FMT.

Najib, yang kini berdepan perbicaraan kes 1MDB di Mahkamah Tinggi dibebaskan dengan ikat jamin.

Beliau yang melepaskan jawatan dalam Umno berikutan kekalahan dalam pilihan raya umum tahun lepas dilantik sebagai penasihat Barisan Nasional (BN) dan aktif berkempen untuk gabungan politik itu.

Sumber yang sama mendakwa Sirul juga “telah dihubungi” dengan tujuan “mengada-adakan keterangan untuk mengenakan Najib secara tidak jujur”.

Beliau menamakan “pemberita jelik dari Australia” sebagai individu yang ditugaskan untuk tujuan itu dengan menambah bahawa individu berkenaan “dihantar” ke pusat imigresen di mana Sirul ditahan.

“Tujuannya ialah untuk memujuk Sirul supaya mengada-adakan cerita serupa,” kata sumber itu lagi.

Dalam pada itu peguam Azilah menjarakkan dirinya daripada dakwaan terbaru itu.

“Ini berita baru bagi saya. Saya tidak ada kena-mengena dengan SD berkenaan atau pemfailan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan. Kali terakhir saya bertemu Azilah di Penjara Kajang ialah 3 tahun lepas,” Hazman Ahmad memberitahu FMT.


Hazman berkata, beliau hanya bertanggungjawab menyediakan dokumen undang-undang berkait rayuan pengampunan kepada Lembaga Pengampunan Selangor.

“Kami masih menunggu lembaga menetapkan tarikh pendengaran,” katanya.

Lembaga berkenaan, yang dipengerusikan oleh sultan Selangor, turut dianggotai oleh peguam negara dan menteri besar.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,872
Reaction score
14,756
Points
1,906



Free Malaysia Today
6 min ·
Judge Vazeer Alam Mydin Meera has fixed June 22-25 and Aug 10-13 to continue with the suit seeking RM100 million in damages from the government for her murder.


Judge, though promoted, to continue hearing suit by Altantuya family
V Anbalagan
-
March 17, 2020 4:17 PM


fmt_altantuya-shaariibuu_60918.jpg

Altantuya Shaariibuu’s family, which alleges conspiracy in her murder, is seeking RM100 million in damages, including dependency claims.

PUTRAJAYA: Judge Vazeer Alam Mydin Meera, who was elevated as Court of Appeal judge last year, will continue to preside over a civil suit brought against the government by the family members of Mongolian citizen Altantuya Shaariibuu.

Lawyer Sangeet Kaur Deo said this was decided during a recent case management before Vazeer.

“He will remain to hear the proceedings which started at the High Court in Shah Alam in January last year,” she told reporters after attending a case management here over another related case.

fmt-Sangeet-Kaur-deo-mugshot-200x200.jpg
Sangeet Kaur Deo.

Sangeet said so far 10 witnesses for Altantuya’s family had given evidence, with another 20 to go.



“Vazeer has now fixed June 22-25 and Aug 10-13 to continue with the trial,” she added.

Vazeer was promoted to the Court of Appeal on Aug 8 last year.

Altantuya’s father, Setev, his wife, Altantsetseg Sanjaa, and Altantuya’s son, Mungunshagai Bayarjargal, had named political analyst Abdul Razak Baginda, the government and former policemen Sirul Azhar Umar and Azilah Hadri as defendants in the suit.

The family, which alleges conspiracy in Altantuya’s murder, is seeking RM100 million in damages, including dependency claims.

Sirul and Azilah were convicted in 2009 by the High Court of killing Altantuya, who was described as an interpreter.

They succeeded in overturning their conviction at the Court of Appeal in 2013, but the Federal Court in 2015 restored their conviction and sentenced them to death.

Sirul fled to Australia before the final verdict. The Federal Court later issued a warrant of arrest for him.

Razak, who was charged with abetment in the murder, was freed at the end of the prosecution’s case. The court ruled that the charge against him was not proven and the government did not appeal, a move that drew public condemnation.

Neither Sirul, who is being held at an Australian detention centre, nor Azilah, who is on death row at Kajang Prison, have challenged the suit.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,872
Reaction score
14,756
Points
1,906
Peguam keluarga Altantuya, Sangeet Kaur Deo, memberitahu Bernama rayuan berkenaan difailkan pada 14 Ogos.

1606906450015.png


Keluarga Altantuya fail rayuan nak dapatkan kenyataan diambil polis
Bernama
Diterbitkan Hari ini 5:33 pm


Keluarga Altantuya Shaariibuu memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan mereka untuk mendapatkan kenyataan diambil daripada individu yang disiasat polis dalam kes itu untuk digunakan dalam saman sivil.

Bapa Altantuya, Dr Shaariibuu Setev, isteri dan dua cucu lelakinya memfailkan saman RM100 juta terhadap dua bekas anggota polis - Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar - serta penganalisis politik Abdul Razak Baginda serta kerajaan Malaysia pada 4 Jun 2007.

Peguam keluarga Altantuya, Sangeet Kaur Deo, memberitahu Bernama rayuan berkenaan difailkan pada 14 Ogos.
“Rayuan itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Noridah Adam pada 18 Jan melalui e-review," katanya menerusi aplikasi WhatsApp semasa ditanya mengenai perkembangan terkini kes berkenaan.

Pada 22 Julai lepas, Vazeer Alam Mydin Meera, hakim bagi kes sivil di Mahkamah Tinggi Shah Alam semasa menolak permohonan itu memutuskan bahawa kenyataan berkenaan diambil secara rahsia dan bagi tujuan perbicaraan jenayah.

Hakim itu juga berkata pendedahannya boleh memudaratkan sebarang siasatan lanjut pada masa akan datang.

Sementara itu, Sangeet berkata perbicaraan akan disambung semula pada 11 hingga 15 Jan depan.

Setakat ini, 10 saksi untuk keluarga model Mongolia yang dibunuh pada 2006 itu memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada Jan 2019.
Shaariibuu dan isterinya, Altantsetseg Sanjaa, serta dua cucu lelaki mereka iaitu Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan saman RM100 juta pada 4 Jun 2007 bagaimanapun nama Altanshagai Munkhtulga kemudian dibuang selepas dia meninggal dunia pada 2017.

Dalam penyataan tuntutan, keluarga itu mendakwa kematian Altantuya menyebabkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi, yang melayakkan mereka menerima ganti rugi teladan dan teruk.
Abdul Razak didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar untuk membunuh Altantuya, 28, pada 2006 namun dia dibebaskan daripada pertuduhan pada Okt 2008 tanpa dipanggil membela diri.
Azilah dan Sirul Azhar pula didapati bersalah pada 2009.

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar serta membebaskan mereka daripada pertuduhan namun keputusan itu diubah oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Jan 2015 susulan rayuan pendakwaan.

Sirul kemudian melarikan diri ke Australia dan kini ditahan di pusat tahanan imigresen di sana. Pada 5 Dis tahun lepas, Azilah yang sedang menunggu hukuman mati di Penjara Kajang, memfailkan permohonan semakan semula sabitan dan hukuman mati terhadapnya serta memohon supaya diadakan perbicaraan semula.
- Bernama

 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,844
Reaction score
2,120
Points
201
Sampai mcm tu skali la.. dasat kes politk ni
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,872
Reaction score
14,756
Points
1,906
Zulkarnain Samsudin berkata, Sirul Azhar Umar julung kali mendedahkan lokasi mayat mangsa diletupkan pada 11 Nov 2006.

Sirul mengaku tembak, letupkan Altantuya, kata polis




January 11, 2021 7:23 PM


Sirul-Azhar-Umar-Altantuya-20022019.jpg

Polis berkata, Sirul Azhar Umar, yang disabitkan bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu, menyimpan jaket dan barang kemas wanita itu di rumahnya.

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi diberitahu lelaki yang disabitkan bersalah membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu membuat pengakuan kepada seorang anggota polis yang dia menembak wanita itu dan menunjukkan lokasi mayatnya diletupkan kira-kira 15 tahun lalu.

Zulkarnain Samsudin ketika memberi keterangan dalam saman sivil difailkan keluarga Altantuya, berkata Sirul Azhar Umar julung kali mendedahkan lokasi mayat mangsa diletupkan, ketika dia diiringi ke lokasi pembunuhan di Puncak Alam pada 11 Nov 2006.

Katanya, ketika disoal siasat, Sirul juga memberitahu dia akan menunjukkan barang kemas wanita itu yang disimpan di rumahnya di Kota Damansara.

Saksi itu berkata, beberapa hari sebelum itu, Sirul mendedahkan beberapa maklumat mengenai pembunuhan itu di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di depan pegawai Koh Fei Cheow.


“Saya memberi amaran kepadanya sebelum dia menawarkan maklumat itu. Kemudian, saya membuat laporan polis,” katanya dalam pernyataan saksi yang dibacakan di mahkamah hari ini.

Zulkarnain, yang kini bertugas di unit risikan dan operasi di Bukit Aman, berkata beliau menemani Sirul ke lokasi jenayah pada 11 Nov.

Katanya, ada beberapa anggota polis dan seorang lagi suspek, Azilah Hadri di lokasi tersebut.

Zulkarnain memberitahu mahkamah, Sirul menunjukkan tempat berhampiran semak dan berkata: “Itulah tempat wanita itu dibom.”


Saksi itu berkata, ketika berada di rumahnya di Kota Damansara, Sirul membuka sebuah almari dan menunjukkan jaket hitam sebelum mengeluarkan jam tangan, sebentuk cincin emas dan sepasang anting-anting dari pakaian itu.

“Saya menyimpan barang berharga dalam jaket ini,” katanya merujuk barang kepunyaan Altantuya.

Saksi itu, yang memberi keterangan bagi keluarga itu, berkata beliau diminta membantu pasukan penyiasatan membuat tangkapan, merampas bukti dan mengambil keterangan suspek.

Zulkarnain sudah memberi keterangan dalam perbicaraan pembunuhan Altantuya, tetapi bukti yang diberikan hari ini dibantah peguam bela.

Bapa Altantuya, Setev, isterinya, Altantsetseg Sanjaa serta anak Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal, menamakan penganalisis politik Abdul Razak Baginda, kerajaan, Sirul dan Azilah sebagai defendan dalam saman itu.

Keluarga itu, yang mendakwa wujud konspirasi dalam pembunuhan Altantuya, menuntut ganti rugi RM100 juta, termasuk tuntutan tanggungan.

Sirul dan Azilah disabitkan bersalah pada 2009 oleh Mahkamah Tinggi kerana membunuh Altantuya, yang digambarkan sebagai jurubahasa.

Mereka berjaya membatalkan sabitan itu di Mahkamah Rayuan pada 2013, tetapi Mahkamah Persekutuan pada 2015 mengembalikan sabitan itu dan menjatuhkan hukuman mati kepada mereka.

Sirul melarikan diri ke Australia sebelum keputusan akhir diumumkan.

Razak, yang didakwa bersubahat dalam pembunuhan itu, dibebaskan pada akhir kes pendakwaan. Mahkamah memutuskan tuduhan terhadapnya tidak terbukti dan pihak kerajaan tidak mengemukakan rayuan, tindakan yang mengundang kecaman orang ramai.

Sirul, yang ditahan di sebuah pusat tahanan Australia, atau Azilah, yang sedang menjalani hukuman mati di Penjara Kajang, tidak mencabar saman itu.

Perbicaraan di depan Hakim Vazeer Alam Mydin Meera bersambung.



 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,844
Reaction score
2,120
Points
201
Zulkarnain Samsudin berkata, Sirul Azhar Umar julung kali mendedahkan lokasi mayat mangsa diletupkan pada 11 Nov 2006.

Sirul mengaku tembak, letupkan Altantuya, kata polis




January 11, 2021 7:23 PM


Sirul-Azhar-Umar-Altantuya-20022019.jpg

Polis berkata, Sirul Azhar Umar, yang disabitkan bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu, menyimpan jaket dan barang kemas wanita itu di rumahnya.

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi diberitahu lelaki yang disabitkan bersalah membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu membuat pengakuan kepada seorang anggota polis yang dia menembak wanita itu dan menunjukkan lokasi mayatnya diletupkan kira-kira 15 tahun lalu.

Zulkarnain Samsudin ketika memberi keterangan dalam saman sivil difailkan keluarga Altantuya, berkata Sirul Azhar Umar julung kali mendedahkan lokasi mayat mangsa diletupkan, ketika dia diiringi ke lokasi pembunuhan di Puncak Alam pada 11 Nov 2006.

Katanya, ketika disoal siasat, Sirul juga memberitahu dia akan menunjukkan barang kemas wanita itu yang disimpan di rumahnya di Kota Damansara.

Saksi itu berkata, beberapa hari sebelum itu, Sirul mendedahkan beberapa maklumat mengenai pembunuhan itu di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di depan pegawai Koh Fei Cheow.


“Saya memberi amaran kepadanya sebelum dia menawarkan maklumat itu. Kemudian, saya membuat laporan polis,” katanya dalam pernyataan saksi yang dibacakan di mahkamah hari ini.

Zulkarnain, yang kini bertugas di unit risikan dan operasi di Bukit Aman, berkata beliau menemani Sirul ke lokasi jenayah pada 11 Nov.

Katanya, ada beberapa anggota polis dan seorang lagi suspek, Azilah Hadri di lokasi tersebut.

Zulkarnain memberitahu mahkamah, Sirul menunjukkan tempat berhampiran semak dan berkata: “Itulah tempat wanita itu dibom.”


Saksi itu berkata, ketika berada di rumahnya di Kota Damansara, Sirul membuka sebuah almari dan menunjukkan jaket hitam sebelum mengeluarkan jam tangan, sebentuk cincin emas dan sepasang anting-anting dari pakaian itu.

“Saya menyimpan barang berharga dalam jaket ini,” katanya merujuk barang kepunyaan Altantuya.

Saksi itu, yang memberi keterangan bagi keluarga itu, berkata beliau diminta membantu pasukan penyiasatan membuat tangkapan, merampas bukti dan mengambil keterangan suspek.

Zulkarnain sudah memberi keterangan dalam perbicaraan pembunuhan Altantuya, tetapi bukti yang diberikan hari ini dibantah peguam bela.

Bapa Altantuya, Setev, isterinya, Altantsetseg Sanjaa serta anak Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal, menamakan penganalisis politik Abdul Razak Baginda, kerajaan, Sirul dan Azilah sebagai defendan dalam saman itu.

Keluarga itu, yang mendakwa wujud konspirasi dalam pembunuhan Altantuya, menuntut ganti rugi RM100 juta, termasuk tuntutan tanggungan.

Sirul dan Azilah disabitkan bersalah pada 2009 oleh Mahkamah Tinggi kerana membunuh Altantuya, yang digambarkan sebagai jurubahasa.

Mereka berjaya membatalkan sabitan itu di Mahkamah Rayuan pada 2013, tetapi Mahkamah Persekutuan pada 2015 mengembalikan sabitan itu dan menjatuhkan hukuman mati kepada mereka.

Sirul melarikan diri ke Australia sebelum keputusan akhir diumumkan.

Razak, yang didakwa bersubahat dalam pembunuhan itu, dibebaskan pada akhir kes pendakwaan. Mahkamah memutuskan tuduhan terhadapnya tidak terbukti dan pihak kerajaan tidak mengemukakan rayuan, tindakan yang mengundang kecaman orang ramai.

Sirul, yang ditahan di sebuah pusat tahanan Australia, atau Azilah, yang sedang menjalani hukuman mati di Penjara Kajang, tidak mencabar saman itu.

Perbicaraan di depan Hakim Vazeer Alam Mydin Meera bersambung.




Kenape diletupkan ye?? Bukan bunuh bakar??
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,872
Reaction score
14,756
Points
1,906
Kes saman RM100 juta keluarga Altantuya tangguh kerana PKP

January 26, 2021 10:59 AM

altantuya.jpg

Ahli keluarga rakyat Mongolia Altantuya Shaariibuu mendakwa terdapat konspirasi dalam pembunuhannya dan menuntut ganti rugi RM100 juta.

PETALING JAYA: Perbicaraan kes saman sivil terhadap kerajaan oleh ahli keluarga rakyat Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dijadualkan selama dua hari minggu ini ditangguhkan kerana tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dilanjutkan.

Peguam Sangeet Kaur Deo berkata, perbicaraan itu akan disambung pada 22 Feb.
“Perbicaraan tidak lagi akan berlangsung pada 27 Jan dan 29 Jan seperti ditetapkan sebelumnya disebabkan pelanjutan PKP,” katanya kepada FMT.
Sangeet, yang mewakili keluarga itu berkata, mereka berharap dapat menyelesaikan kes berkenaan selewat-lewatnya akhir Februari. Setakat ini, 15 saksi sudah memberi keterangan bagi keluarga itu.

Saman itu difailkan pada 2007 tetapi perbicaraan di hadapan hakim Vazeer Alam Mydin Meera hanya bermula pada 2019 untuk memberi laluan kepada rayuan jenayah yang baru selesai pada 2015.

Perbicaraan itu tertangguh lagi selepas keluarga berkenaan memfailkan permohonan interlokutori untuk, antara lainnya, mendapatkan kenyataan yang dirakam daripada mereka yang disiasat polis berhubung kes tersebut.

Bapa Altantuya, Setev, isterinya, Altantsetseg Sanjaa, dan anak lelaki Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal, menamakan penganalisis politik Abdul Razak Baginda, kerajaan Malaysia, dan bekas anggota polis Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri sebagai defendan dalam tuntutan tersebut.

Keluarga itu, yang mendakwa terdapat konspirasi dalam pembunuhan Altantuya, menuntut ganti rugi RM100 juta, termasuk tuntutan tanggungan.


Sirul dan Azilah dijatuhkan hukuman pada 2009 oleh Mahkamah Tinggi atas pembunuhan Altantuya dengan cara menembaknya dan kemudian menggunakan bahan letupan untuk menghapuskan mayatnya di sebuah lokasi terpencil di Puncak Alam, dekat Shah Alam.

Mereka berjaya membatalkan sabitan kesalahan tersebut di Mahkamah Rayuan pada 2013, tetapi Mahkamah Persekutuan mengembalikannya pada 2015.

Sirul melarikan diri ke Australia sebelum keputusan akhir dikeluarkan. Mahkamah Persekutuan kemudian mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Razak, yang didakwa bersubahat dalam pembunuhan itu, dibebaskan di akhir kes pendakwaan. Mahkamah memutuskan bahawa tuduhan terhadapnya tidak terbukti dan kerajaan tidak mengemukakan rayuan, tindakan yang mengundang kecaman orang ramai.

Baik Sirul, yang ditahan di sebuah pusat tahanan Australia, mahupun Azilah, yang sedang menunggu hukuman mati di Penjara Kajang, tidak mencabar tuntutan itu.

Peguam Persekutuan Tengku Intan Suraya Tengku Ismail hadir mewakili kerajaan, manakala peguam Kuan Chee Foo dan Manjeet Singh Dhillon mewakili Razak.


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register