BTC USD 42,599.3 Gold USD 1,777.15
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lepas 12 tahun, bapa Altantuya beri keterangan kes saman RM100j

stonecold88

Active+ Member
Joined
May 31, 2009
Messages
4,302
Reaction score
849
Points
81
Hebat giler bosskur siap cabar...
Dlu nak panggil tak bleh...
Deepak bekas kwn bosskur dgn rosmah selambe cite pasal diorg terlibat,takde tindakan Saman plak.
Harap2 Lepas settle kes src,1mdb ni bukak balik la...

Kerajaan PH kat dah ada kuasa..Kerajaan bukak kes le...najib dah tak ada kuasa...takat tuduh semua orang boleh tuduh...tapi dah setahun krik krik krik..hihi
 
Sponsored Post

shah_ae

Legendary Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
16,122
Reaction score
834
Points
171
Kerajaan PH kat dah ada kuasa..Kerajaan bukak kes le...najib dah tak ada kuasa...takat tuduh semua orang boleh tuduh...tapi dah setahun krik krik krik..hihi

Kes yg ade pun terkemut2 nak tangkis... Rilek2 susah bosskurrr...
 

Don Malaya

CG Top Poster Club
Joined
May 3, 2011
Messages
27,601
Reaction score
957
Points
171
teringat kes macam sultan johor dulu pasal pukul budak golf ..fitnah juga..

inipun fitnah lagi keji oleh PH dan DAP mengaitkan NajibRazak yg langsung takde kene mengena...

memalukan btul
 

rezeki2020

Junior Member
Joined
Aug 13, 2017
Messages
88
Reaction score
4
Points
11
teringat kes macam sultan johor dulu pasal pukul budak golf ..fitnah juga..

inipun fitnah lagi keji oleh PH dan DAP mengaitkan NajibRazak yg langsung takde kene mengena...

memalukan btul

dalam berpuluh2 kes najib kena tuduh tu dah berapa kes dia menang yer

tanya jer...:eek::eek:
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,872
Reaction score
14,756
Points
1,906
Tuntutan saman keluarga Altantuya: Kerajaan bangkitkan empat persoalan undang-undang

20 Ogos 2019

a5504e9d6ee082ff7677b8b477958a2e5cdbcd5fd9f3f



PUTRAJAYA – Kerajaan mahu Mahkamah Persekutuan menentukan persoalan undang-undang sama ada ia (kerajaan) akan bertanggungjawab dalam tort di bawah Akta Prosiding Kerajaan 1956 apabila pegawai awam melakukan kesalahan membunuh.

Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan, Jabatan Peguam Negara, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman hari ini memohon Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada kerajaan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memasukkan kembali (kerajaan) sebagai defendan dalam saman yang difailkan keluarga model warga Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.

Beliau memohon mahkamah menentukan empat persoalan undang-undang yang adalah persoalan novel iaitu yang pertama dibangkitkan mengenai liabiliti kerajaan bagi pembunuhan yang dilakukan oleh ejen atau pekerjanya.

Soalan itu adalah:

  • Sama ada kerajaan bertanggungjawab dalam tort di bawah Seksyen 5 Akta Prosiding Kerajaan 1956 apabila pegawai awam melakukan kesalahan membunuh
  • Sama ada pembunuhan adalah punca tindakan di bawah Seksyen 7 (1) Akta Undang-Undang Sivil 1956
  • Sama ada pendakwaan terhadap kesalahan membunuh oleh pegawai awam di mahkamah jenayah akan menyebabkan kerajaan bertanggungajwab di bawah Seksyen 7 Akta Undang-Undang Sivil
  • Sama ada pembunuhan adalah tort
Peguam Ramkarpal Singh, mewakili keluarga Altantuya dan dua anak lelakinya, membantah bagi permohonan kebenaran untuk merayu, dengan menyatakan ia bukan persoalan novel.

Beliau berkata, kerajaan adalah bertanggungjawab kerana pada masa itu, dua anggota polis tersebut merupakan ejen kerajaan ketika mereka melakukan pembunuhan itu.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Seri David Wong Dak Wah yang mengetuai panel itu bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Datuk P. Nallini menangguhkan permohonan itu pada 22 Ogos.

Shaariibuu Setev, isterinya, Altantsetseg Sanjaa dan dua anak lelaki Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan saman pada 4 Jun 2007 menuntut pampasan RM100 juta.

Dalam pernyataan tuntutan, keluarga Altantuya mendakwa kematian wanita itu mengakibatkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi, yang melayakkan mereka dibayar pampasan serta ganti rugi teladan dan teruk.

Mereka menamakan dua bekas polis daripada Unit Tindakan Khas, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan dalam saman itu.

Abdul Razak didakwa bersuhabat dengan Azilah dan Sirul Azhar untuk membunuh Altantuya, 28, pada 2006, tetapi beliau telah dibebaskan daripada tuduhan itu pada bulan Oktober 2008 tanpa dipanggil membela diri, manakala Azilah dan Sirul Azhar didapati bersalah pada 2009.

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dan membebaskan mereka daripada pertuduhan itu tetapi pembebasan mereka dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari 2015 serta menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka, berikutan rayuan pihak pendakwaan.

Pada 23 Ogos 2017, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan permohonan kerajaan untuk membatalkan saman itu tetapi Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan itu pada 14 Mac 2018, sekali gus memasukkan kembali kerajaan sebagai pihak dalam saman itu. – Bernama

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register