BTC USD 42,245.3 Gold USD 1,775.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lepas 12 tahun, bapa Altantuya beri keterangan kes saman RM100j

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,872
Reaction score
14,756
Points
1,906
Lepas 12 tahun, bapa Altantuya beri keterangan kes saman RM100j

8bdf4712d876d220ee6dd23774a8d5f8.jpeg


Shaariibuu Setev akan berada di Malaysia minggu depan untuk memberi keterangan dalam saman RM100 juta berkaitan pembunuhan anaknya, model Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Saman tersebut difailkan oleh Setev dan anak Altantuya pada 2007, setahun selepas pembunuhan itu, dan terhadap kerajaan Malaysia, penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan dua bekas pegawai polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar.

Empat tahun lalu, Mahkamah Persekutuan membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan mengekalkan sabitan bersalah terhadap Azilah dan Sirul.

Kedua-duanya dijatuhkan hukuman mati tetapi Sirul berjaya melarikan diri ke Australia selepas Mahkamah Rayuan membebaskan mereka.

Peguam Sangeet Kaur Deo memberitahu Malaysiakini bahawa Setev merupakan saksi pertama yang dipanggil memberi keterangan dalam saman itu.

"Diharapkan beliau akan memberi keterangan pada hari Selasa atau Rabu di Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas permohonan penzahiran (discovery application) kita didengar," katanya.

35b3807082ecfb69305ff4d330e3b41f.jpeg


Sangeet Kaur Deo
Perbicaraan sivil itu akan dijalankan di depan Hakim Vazeer Alam Mydin Meera selama dua minggu bermula Selasa ini.

Tahun lalu, hakim memutuskan nota dan penghakiman dalam prosiding jenayah tidak boleh digunakan dalam perbicaraan sivil.

Susulan itu, peguam Setev mungkin perlu memanggil semula para saksi yang telah memberi keterangan dalam perbicaraan jenayah tersebut.

Awal minggu ini, Sangeet memfailkan permohonan penzahiran agar Peguam Negara Tommy Thomas mendedahkan kandungan kenyataan saksi dalam perbicaraan kes bunuh itu.

Ia termasuklah kenyataan DSP Musa Safri, bekas pembantu (ADC) bekas perdana menteri Najib Tun Razak.

"Kami mahu semua kenyataan dibuka, termasuklah saksi yang tidak dipanggil oleh pasukan pendakwaan dalam perbicaraan jenayah," katanya lagi.

Dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini pada 2015, Sirul berkata Musa sepatutnya dipanggil sebagai saksi.

Najib berulang kali menafikan sebarang penglibatan dalam pembunuhan Altantuya dan polis juga membersihkan namanya. Razak Baginda - individu yang dulu dilihat rapat dengan Najib - didakwa atas kesalahan bersubahat dalam pembunuhan itu, tetapi kemudian dibebaskan.

https://www.malaysiakini.com/news/460637
 
Sponsored Post

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,491
Reaction score
947
Points
121
susah sgt nak tangkap Sirul tu.. sapa la jaga dia kat australia sana.

dia je kunci kes ni.
 

Don Malaya

CG Top Poster Club
Joined
May 3, 2011
Messages
27,601
Reaction score
957
Points
171
Kes yg pling tak munasabah mengaitkan najib razak..tetap ade org termakan fitnah dap..

Bila bapak altantuya nak saman najib
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,872
Reaction score
14,756
Points
1,906
Penterjemah kes saman keluarga Altantuya dapat kelulusan mahkamah

Diterbitkan Hari ini 4:02 petang | Dikemaskini Hari ini 4:02 petang

c39b0f2e3cb1420c55a0a25ecbd10de8.jpeg


Penterjemah yang diupah bagi membantu saman sivil RM100 juta keluarga Altantuya Shaariibuu mendapat kelulusan Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Peguam mewakili Razak Baginda dan kerajaan sebelum ini mempertikai kelayakan Enkhjin Batbilig sebagai penterjemah.

Enkhjin, 31, tidak terlatih secara rasmi sebagai penterjemah atau mempunyai pengalaman dalam membuat terjemahan berhubung isu perundangan.

Bagaimanapun, warga Mongolia itu yang mempunyai terlatih dalam bidang perakaunan berkata dia pernah menjadi penterjemah untuk dia syarikat Mongolia secara rasmi dan tidak rasmi, dan pernah menterjemah laporan kewangan.

Enkhjin juga menjelaskan bahawa dia mengambil pengajiannya termasuk dalam Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dalam bahasa Inggeris di Sunway University.

Sementara itu, pihak pembelaan pula mempertikaikan integriti Enkhjin yang telah meluangkan dua jam bersama keluarga Altantuya dan peguamnya semalam.

Enkhjin bagaimanapun berkata dia tidak membuat sebarang interaksi dengan palintif selain membaca kenyataan kesaksian mereka.

Dia juga berkata peguam plaintif dari firma Karpal Singh & Co hanya memberi taklimat ringkas kepadanya berhubung istilah perundangan dan prosedur menghakimi mahkamah.

Plaintif diwakili peguam Ramkarpal Singh menyifatkan dakwaan pihak pembelaan serius tapi 'basi'.

Hakim Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan Enkhjin layak sebagai penterjemah.

Vazeer juga menetapkan bahawa perjumpaan Enkhjin dengan plaintif dan peguam plaintif tidak mempengaruhi integriti Enkhjin.

Hakim mengarahkan Enkhjin untuk memasukkan terjemahan bahasa Mongolia bagi perkataan Inggeris dalam kepada kenyataan kesaksian plaintif yang boleh diteliti oleh pihak pembelaan.

Perbicaraan bersambung esok, dengan ayah Altantuya, Setev Shaariibuu dijangka memberi keterangan.

Razak yang merupakan bekas kekasih Altantuta diwakili Manjit Singh Dhilon, sementara timbalan pendakwa raya Norina Bahadun mewakili kerajaan.


Dua individu lain yang dinamakan dalam saman itu ialah bekas komando polis Azilah Hadri dan SIrul Azhar Umar yang tidak diwakili peguam.

Setev dan dua anaknya memfailkan saman sivil itu pada 2007, setahun selepas kematian Altantuya

https://www.malaysiakini.com/news/461211
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,872
Reaction score
14,756
Points
1,906
Anak bongsu Altantuya sudah meninggal dunia

al_1548153283.jpg


ANAK bongsu kepada Altantuya Shaariibuu tidak lagi dinamakan sebagai pemohon di dalam kes saman yang dikemukakan oleh datuknya, Dr Shaariibuu Setev berikutan sudah meninggal dunia pada 2017.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Ramkarpal Singh yang mewakili ahli keluarga Altantuya ketika prosiding hari pertama perbicaraan kes saman mereka di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan lebih lanjut berhubung perkara itu dan hanya memaklumkan bahawa Altanshagai Munkhtulga, 16, meninggal akibat sakit.

Setev, 68, bersama isterinya Altantsetseg Sanjaa, 68, dan anak Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal, 21, sebagai plaintif memfailkan saman itu dengan menamakan Azilah Hadri, Sirul Azhar Umar dan bekas penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda serta Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Keluarga Altantuya turut diwakili peguam Sangeet Kaur Deo, Abdul Razak diwakili peguam Manjeet Singh Dhilon, manakala Azilah dan Sirul Azhar tidak diwakili peguam.

Pihak kerajaan Malaysia diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Norina Bahadun, Jasmee Hameeza Jaafar dan Tengku Intan Suraya Tengku Ismail.

Di dalam prosiding semalam, mahkamah menetapkan hari ini (Rabu) untuk Setev mula memberi keterangan di dalam mahkamah.

Ia berikutan mahkamah dimaklumkan oleh peguam Abdul Razak Baginda dan kerajaan bahawa mereka baru memperoleh dokumen keterangan saksi, oleh itu memerlukan masa untuk menelitinya.

Terdahulu, Manjeet mengemukakan bantahan terhadap perlantikan Enkhjin Batbilig, 31, oleh peguam keluarga Altantuya sebagai penterjemah bahasa Mongolia kepada bahasa Inggeris sepanjang prosiding berlangsung.

Beliau mendakwa, wanita itu tidak mempunyai kelayakan rasmi dalam bidang penterjemahan terutama membabitkan prosiding mahkamah.

“Ia menimbulkan keraguan serius kerana wanita ini adalah seorang akauntan dan mempunyai sijil Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dan kerja terjemahan yang dilakukan membabitkan nombor bukan perundangan.

“Pihak kami juga bimbang kerana beliau juga dimaklumkan secara aktif terbabit dengan saksi dari Mongolia apabila bertemu kelmarin (Isnin). Oleh itu kami berhujah bahawa Enkhjin penterjemah tidak kompeten dan boleh menjejaskan bukti yang dikemukakan saksi,” katanya.

Ram Karpal bagaimanapun membantah hujah itu dan mendakwa tiada peruntukan undang-undang khusus yang memerlukan penterjemah mempunyai kelayakan formal.

“Dakwaan bahawa Enkhjin boleh menjejaskan bukti adalah serius dan tidak mempunyai bukti kukuh. Beliau (Enkhjin) hanya membaca pernyataan saksi dan tiada beza sama ada dia membaca semalam atau hari ini.

“Beliau jelasnya boleh berbahasa Inggeris dengan lancar. Walaupun kursus yang diikuti adalah bidang perakaunan, semuanya dalam bahasa Inggeris. Beliau belajar di sini selama tiga tahun dan menetap di sini,” katanya.

Hakim Vazeer dalam keputusan itu membenarkan Enkhjin menjadi penterjemah dan disahkan kompeten untuk melakukannya.

Mahkamah juga memerintahkan dokumen keterangan saksi disertakan dalam dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Mongolia.

Pada 4 Jun 2007, Shaariibuu dan isterinya Altantsetseg Sanjaa, serta dua cucu lelaki mereka, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai, memfailkan saman terhadap Azilah, Sirul, Abdul Razak dan Kerajaan Malaysia, dengan menuntut pampasan RM100 juta.

Dalam tuntutan itu, keluarga Altantuya mendakwa kematian wanita itu antara 19 hingga 20 Oktober 2006, didakwa dilakukan Azilah dan Sirul dengan cara menembak dan meletupkan mangsa menggunakan bahan letupan C-4, menyebabkan kejutan mental dan trauma psikologi yang membolehkan mereka menerima ganti rugi teladan dan teruk daripada keempat-empat defendan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 January 2019 @ 6:35 PM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/414893/anak-bongsu-altantuya-sudah-meninggal-dunia
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,872
Reaction score
14,756
Points
1,906
perkembangan terdahulu

Permohonan bapa Altantuya guna sabitan jenayah ditolak

altantuya_1538364187.jpg


MAHKAMAH Tinggi Shah Alam, hari ini menolak permohonan bapa mendiang Altantuya Shaariibuu untuk mengguna pakai sabitan jenayah dalam kes saman RM100 juta yang difailkan pada Julai lalu.

Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan demikian selepas kes yang difailkan Dr Shaariibuu Setev itu didengar di dalam kamar hakim.

Peguam plaintif Sangeet Kaur Deo ketika ditemui di luar mahkamah, berkata mahkamah menolak permohonan itu berdasarkan Seksyen 43 Akta Keterangan yang memerlukan plaintif membuktikan semula pembunuhan berkenaan.

“Seksyen 43 melarang dan menghalang sabitan jenayah dalam tuntutan kes sivil. Ia adalah berdasarkan sistem undang-undang sedia ada.

“Seksyen terbabit adalah berdasarkan sistem perundangan di UK (United Kingdom). Tapi UK sudah mengubah perundangan mereka sama seperti di negara lain, mungkin ini adalah peluang kepada Pejabat Peguam Negara untuk meminda seksyen ini juga,” katanya.

Sangeet berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan, esok manakala tarikh perbicaraan kes tuntutan pampasan RM100 juta itu ditetapkan pada Januari depan.

Permohonan yang difailkan Shaariibuu itu, antaranya membabitkan sabitan bersalah dua tertuduh utama kes pembunuhan warga Mongolia itu iaitu Azilah Hadhri dan Sirul Azhar.

Pada 4 Jun 2007, Shaariibuu dan isterinya Altantsetseg Sanjaa, serta dua cucu lelaki mereka, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan saman terhadap Azilah, Sirul Azhar, penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda dan Kerajaan Malaysia, dengan menuntut pampasan RM100 juta.

Mahkamah Persekutuan pada Januari 2015 mendapati Azilah serta Sirul bersalah membunuh Altantuya, dan menjatuhkan hukuman gantung sehingga mati terhadap kedua-dua mereka.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut bersetuju supaya kes pembunuhan berprofil tinggi itu dibuka semula selepas bertemu Shaariibuu pada 20 Jun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Oktober 2018 @ 11:23 AM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/...n-bapa-altantuya-guna-sabitan-jenayah-ditolak
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Apr 27, 2015
Messages
52,008
Reaction score
1,722
Points
596
Buka balik la kes
 

qubs

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2010
Messages
9,709
Reaction score
228
Points
73
Xsenang duduk bossku
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,872
Reaction score
14,756
Points
1,906
Sepupu sahkan tengok gambar Altantuya dan 'TPM bernama Razak'

Diterbitkan Hari ini 12:44 tengahari | Dikemaskini Hari ini 12:44 tengahari

aecd51cb1a964c03689922103bc682fd.jpeg


Sepupu Altantuya Shaariibuu menegaskan mendiang pernah menunjukkan gambarnya bersama pakar pertahanan Razak Baginda dan timbalan perdana menteri yang menurutnya bernama “Razak”.

“Ketika kami berada di Mongolia, dia (Altantuya) tunjukkan gambarnya dalam lawatan ke Paris dengan Razak.

“Saya ingat saya nampak gambar tiga orang, Altantuya dan dua lelaki,” kata Burmaa Oyunchimeg kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

“Saya tanya siapa mereka, dia jawab yang seorang itu timbalan perdana menteri dan seorang lagi Razak yang sama-sama bekerja dan menjalankan perniagaan.

“Saya ada dia jika mereka berdua bersaudara sebab sama nama. Katanya tidak tetapi mereka kawan baik, rakan niaga dan bekerja bersama-sama,” kata Burmaa Oyunchimeg.

1293791dd68e7eb61b144ccb648793bd.jpeg

Burmaa Oyunchimeg


Burmaa berkata demikian ketika memberi ketegaran sebagai saksi dalam saman RM100 juta yang difailkan keluarga Altantuya susulan kematian mendiang.

Lawatan ke Paris yang dirujuk Altantuya itu mungkin berlaku pada 2004.

Ketika itu, Najib Razak menjadi timbalan perdana menteri.

Bagaimanapun, ketika ditunjukkan gambar, Najib, Razak dan seorang wanita, Burmaa berkata wanita itu bukan Altantuya.

Burmaa ditunjukkan sekeping gambar dalam mahkamah.


Dia bagaimanapun menafikan Altantuya berada dalam gambar itu. Gambar itu sebenarnya merujuk kepada gambar yang pernah diakui pemimpin PKR Tian Chua sebagai palsu.

Najib telah berulang kali menafikan mengenali Altantuya atau mempunyai kena mengena dalam kematiannya.

https://www.malaysiakini.com/news/461330
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,811
Reaction score
2,910
Points
206
Mati tanpa pembelaan dan tak diketahui punca bosskurr.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register