Lenovo Yoga Slim 7i Carbon Akan Masuk Pasaran Tempatan - Bermula RM4,629

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,571
Reaction score
3,694
Points
236
Siri komputer riba Lenovo Yoga dikenali orang ramai sebagai komputer riba produktiviti yang bukan sahaja nipis dan ringan, tetapi juga hadir dengan kuasa pemprosesan yang cukup berkuasa. Terkini, Lenovo telah memperkenalkan model komputer riba terbaru didalam siri ini yang dikenali sebagai Lenovo Yoga Slim 7i Carbon, yang boleh dikatakan komputer riba Lenovo pertama yang dikuasakan oleh siri CPU Intel generasi ke-11 Tiger Lake yang terbaru.

lenovo-yoga-slim-71-carbon-1280x720-1-950x534.jpg

Dari segi rekaan, komputer riba ini hadir dengan paparan skrin bersaiz 13.3 inci dengan sokongan untuk gamut warna sRGB 100%, bingkai nipis yang membolehkan bahagian skrin mengambil 91 peratus daripada jumlah paparan tersebut. Komputer riba Yoga 7i Carbon ini juga dibina menggunakan rangka luaran gentian karbon yang telah melepasi piawaian MIL-STD 810G yang menjanjikan bahawa komputer riba ini tahan lasak.

Lenovo-Yoga-Slim-7i-Carbon-3.png

Bukan itu sahaja, oleh kerana rangka komputer riba ini diperbuat daripada bahan tersebut, Lenovo juga mengatakan bahawa berat keseluruhan Yoga 7i Carbon ini seringan 996g sahaja. Dari segi spesifikasi, Lenovo Yoga Slim 7i ini dilengkapi dengan pilihan Intel Core i5 ataupun Core i7 generasi ke-11 Tiger Lake, memori DDR4 sehingga 16GB dan storan SSD PCIe sebesar 1TB.

lenovo-yoga-slim-71-2-950x534.jpg

Ia juga dilengkapi dengan sebuah bateri dengan kapasiti 50Wh dimana Lenovo menjanjikan jangkahayat bateri selama 12 jam dengan satu pengecasan penuh. Komputer riba ini juga dilengkapi dengan sistem pengecasan pantas dimana pengguna boleh menggunakan komputer riba ini selama 2 jam dengan pengecasan selama 15 minit sahaja.

Bukan itu sahaja, oleh kerana komputer riba ini tergolong dalam siri Intel Evo, ia juga hadir dengan teknologi-teknologi baru seperti Thunderbolt4 yang menjanjikan kadar penghantaran data yang sangat pantas, dan boleh disambungkan ke paparan besar melalui kabel USB-C sahaja.

Lenovo Malaysia menjangkakan bahawa komputer riba ini akan tiba di pasaran tempatan pada penghujung bulan Oktober dengan harga permulaan RM4399.
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,571
Reaction score
3,694
Points
236
Lenovo Yoga Slim 7i Carbon - Harga Permulaan RM4629

Pada bulan lalu, dilaporkan bahawa salah satu komputer terbaru keluaran Lenovo, iaitu Lenovo Yoga Slim 7i Carbon akan memasuki pasaran tempatan pada harga RM4399. Model komputer riba tersebut kini akhirnya tiba di pasaran tempatan, tetapi pada tanda harga yang lebih tinggi daripada apa yang diberitahu kepada kami sebelum ini.

Lenovo Yoga Slim 7i Carbon hadir dengan pilihan CPU Intel Core i5-1135G7 ataupun Intel Core i7-1165G7, memori DDR4 sebanyak 8GB dan storan SSD PCIe sebesar 512GB dan juga paparan 13.3 inci dengan resolusi 2560×1600. Dari segi grafik, komputer riba ini hadir dengan cip grafik Intel Iris Xe yang terbina dengan CPU.

Kedua-dua komputer riba ini juga hadir dengan bateri 50Wh yang menjanjikan jangka-hayat selama 15 jam dengan satu pengecasan penuh. Menurut laman web Lenovo Malaysia, model Lenovo Yoga Slim 7i Carbon yang dikuasakan Intel Core i5 boleh dibeli pada harga RM4629, manakala model yang dikuasakan Intel Core i7 pula dijual pada harga RM5159.

Lenovo-Yoga-Slim-7i-Carbon-3.png


Sumber asal https://nextrift.com/lenovo-yoga-slim-7i-carbon-with-966g-chassis-now-in-malaysia-from-rm4629/
 

waktong

Super Active Member
Joined
Jan 26, 2007
Messages
7,555
Reaction score
103
Points
83
Terkejut tgk harga 46k
 
Sponsored Post
Top
Log in Register