BTC USD 16,350.5 Gold USD 1,751.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lenovo ThinkBook Plus Gen 3 Dengan Skrin Sekunder Dilancarkan

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
38,829
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
38,829
Reaction score
4,909
Points
296
Awards
1
Lenovo ThinkBook Plus Gen 3 diperlihatkan pada CES 2022 dengan skrin sekunder 8″ LCD diletakkan bersebelahan papan kekunci dan disertakan untuk meningkatkan produktiviti. Selepas lebih lapan bulan, komputer riba ini akhirnya mula dijual di pasaran

Lenovo-Thinkbook_Plus_Gen_3_Hero_C-950x665.jpg.webp


Komputer hadir dengan skrin utama 17.3″ dengan nisbah ultra lebar 12:10, dipadankan dengan cip Intel Core H-Series Gen-12, memori sehingga 32GB LPDDR5 dan storan SSD sehingga 2TB. Menurut Lenovo skrin sekunder boleh digunakan untuk memudahkan suntingan video dengan susur masa dipaparkan padanya. Sebuah stylus boleh digunakan untuk melakukan lakaran terus pada skrin yang mempunyai tempat simpanannya sendiri di belakang komputer riba.

Ia turut boleh digunakan untuk melancarkan aplikasi Android yang tidak mengganggu skrin utama. Bagi pengguna telefon Android, skrin peranti anda turut boleh dipancarkan pada skrin ini supaya telefon tidak perlu dipegang. Keseluruhan komputer adalah seberat sekitar 2kg.

Lenovo-Thinkbook_Plus_Gen_3_Hero_Rear_Facing_Right-950x535.jpg.webp


Papan kekunci berlampu sementara pad sesentuh pula hadir dengan permukaan kaca. Kamera infra merah HD penuh disertakan juga bersama dengan pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa. Sistem audio pula adalah dari Harman Kardon dengan sokongan sistem Dolby Atmos. Lenovo ThinkBook Plus Gen 3 dijual pada harga bermula $1500 (~RM6798).
 
Sponsored Post

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,385
Top Poster #1
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,385
Reaction score
2,559
Points
251
Awards
1
. .
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register