Lenovo ThinkBook 14 & 15 Dengan CPU Intel Generasi 10 Kini Di Pasaran Tempatan

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
11,640
Reaction score
2,281
Points
236
Dua bulan yang lalu, dilaporkan bahawa komputer riba produktiviti dari Lenovo, iaitu Lenovo ThinkBook 14 dan 15 telah menerima kemaskini CPU Intel generasi kesepuluh, Ice Lake.

Hari ini, pihak Lenovo Malaysia mengumumkan bahawa komputer-komputer riba tersebut sudahpun memasuki pasaran tempatan, dan boleh dibeli melalui pengedar-pengedar sah mereka, dan juga kedai atas talian Lenovo.

Saiz skrin yang ditawarkan oleh peranti ini ialah 14″ atau 15.6″ dengan resolusi FHD. Ia dikuasakan oleh pilihan CPU sehingga Intel Core i7 generasi ke-10, memori sehingga 24GB, dengan storan cakera keras 2TB atau SSD M.2 PCIe sebesar 1TB dan bateri sehingga 57Wh yang memberikan tempoh penggunaan sehingga 12 jam.

Ia juga hadir dengan pelbagai pilihan I/O seperti USB-C, USB-A, pembaca kad dan HDMI. Kedua-dua komputer riba ini turut hadir dengan sokongan untuk sambungan WiFi 6 yang cukup pantas sekali.

Sama dengan peranti ThinkBook yang lain, ia juga mempunyai pengimbas cap jari yang terbina didalam butang kuasa.

Menurut Lenovo Malaysia, Lenovo ThinkBook 14 boleh dibeli bermula dari harga RM3439, manakala Lenovo ThinkBook 15 pula mempunyai harga permulaan RM4249.





Sumber asal https://www.stuff.tv/my/hot-stuff/tablets-computers/lenovo-thinkbook-14-15-launched-in-malaysia-price-myr3439
 
Sponsored Post

Hendadda

Fun Poster
Joined
Dec 27, 2018
Messages
127
Reaction score
8
Points
25
I do hope it should work really well with all modern software and especially games. I haven't seen anything about it's video, but I do hope it will work much better later, I do want to make it happen really, I am not even sure what to do with all that much anyway.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register