BTC USD 64,939.0 Gold USD 1,786.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lenovo lancar tawaran Ultrabook baharu

balqis07

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR - Lenovo melancarkan ThinkPad X1 Carbon dan ThinkPad T430u, sempena ulang tahun ke-20 jualan ultrabooknya

Pengurus Besar negara Lenovo Malaysia Khoo Hung Chuan berkata hanya beberana jenama berpeluang menjadi ikon industri dengan peminat begitu setia terhadap generasi produk ThinkPad.

"Menerusi ThinkPad X1 Carbon dalam barisan produk, kami memiliki barisan terbesar penawaran Ultrabook yang mampu menampung kehendak pengguna selain perusahaan," katanya pada pelancaran produk itu di sini hari ini.

Khoo berkata Lenovo mendapat keuntungan dan berkembang dengan cepat pada masa yang sama.

ThinkPad X1 Carbon ialah ultrabook profesional paling ringan, seberat 1.36kg, dengan paparan beresolusi tinggi dalam reka bentuk komputer riba 14 inci.

Ia menawarkan jangka hayat bateri lapan jam dan masa mengecas terbaik industri menggunakan teknologi Lenovo RapidCharge.

Ultrabook ThinkPad T430u memperkasa keperluan komputer perniagaan dan peribadi untuk perniagaan kecil hingga sederhana.

T430u dilengkapi teknologi yang sama dengan reka bentuk nipis dan ringan yang ditawarkan dalam ultrabook pengguna tanpa mengorbankan prestasi perniagaan.

Harga runcit ThinkPad X1 Carbon Ultrabook daripada RM5,399 manakala T430u daripada RM3,799. - Bernama
 
Sponsored Post

302

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2009
Messages
10,841
Reaction score
65
Points
125
cer try lenovo g480, murah dan berkuasa
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register