BTC USD 57,588.1 Gold USD 1,794.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lemparkan Senyuman: Malaysia Sasar Kedudukan 10 Terbaik, Kata Murugiah

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
IPOH, 18 Dis (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan kedudukan 10 negara terbaik dalam kajian oleh sebuah badan bebas terhadap rakyat yang sentiasa melemparkan senyuman kepada orang ramai bagi tahun 2010, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah.

Beliau berkata beberapa kempen yang dibuat sebelum ini berjaya meletakkan negara di tangga ke-26 pada tahun ini tetapi ketinggalan jauh dari negara jiran, Indonesia yang kini di tangga pertama.

"Saya kini dalam proses akhir menyiapkan kertas kerja 'Senyum Senyum 1Malaysia' dan akan dibentangkan kepada Menteri sebelum dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Beliau berkata kajian oleh sebuah badan bebas di Sepanyol itu mendapati rakyat Malaysia lebih melemparkan senyuman kepada pelancong asing berbanding kepada masyarakat tempatan.

Sementara itu, Murugiah meminta semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin masyarakat yang mewakili kaum India agar bersabar berhubung isu meminta kerajaan membenarkan pengambilan 12 mata pelajaran maksimum dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau berkata desakan kumpulan berkenaan yang meminta semua menteri dan timbalan menteri daripada kaum India meletak jawatan tidak akan memberikan sebarang kesan dan bukanlah jalan terbaik dalam merealisasikan tuntutan berkenaan.

"Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam sedang mengusulkan kepada Kabinet agar membenarkan pelajar India mengambil maksimum 12 mata pelajaran bagi peperiksaan SPM. Pintu rundingan masih belum ditutup... jadi saya minta semua bersabar dan jangan membuat sebarang andaian dan keputusan sendiri," katanya.
 
Sponsored Post

mtx_69

Super Active Member
Messages
8,190
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
senyum itu sedekah dan awet muda..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register