TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,138
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,138
- Reaction score
- 22,840
- Points
- 1,831
- Awards
- 1

Suresh (baju hijau) sedih melihat dua lembunya mati disyaki diracun pihak tidak bertanggungjawab.
KAPAR - Seorang pengembala lembu kerugian kira-kira RM6,000 selepas dua lembunya mati disyaki diracun pihak tidak bertanggungjawab.
Mangsa, S Suresh, 50, berkata, dia menyedari dua lembunya hilang pada Selasa lalu ketika menghalau lembu ke kandang miliknya di ladang Sungai Kapar Indah, di sini.
“Saya dan anak cuba mencari lembu di sekitar kawasan itu tetapi gagal menemuinya.
“Akhirnya, kelmarin (Khamis) sekitar jam 11 pagi, saya terkejut mendapati dua lembu saya yang kedua-duanya sedang bunting terbaring mati tidak jauh dari ladang itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau yang mengembala lembu sejak 20 tahun lalu berkata, terdapat buih putih keluar dari mulut dua lembu betina itu.
“Saya syak lembu saya diberi makan racun hingga menyebabkan kedua-duanya mati.
“Saya kesal kerana dua lembu itu sedang bunting dan bakal beranak tidak lama lagi,” katanya.
Berikutan kejadian itu, katanya, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.
“Saya harap pihak berkuasa dapat membuat siasatan lanjut dan jika benar ada pihak yang meracun lembu saya, dia harus dihukum.
“Selama 20 tahun saya mengembala lembu dengan hampir 200 lembu, ini adalah kejadian pertama menimpa haiwan peliharaan saya,” katanya.
Suresh mendakwa, dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa atau menerima ugutan dari mana-mana pihak berkenaan lembunya.
“Malah lembu saya tidak pernah berkeliaran di kawasan kebun tanaman atau kawasan kediaman penduduk kerana lembu itu ditempatkan dalam kandang di kawasan ladang itu sahaja,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/lembu-bunting-mati-kena-racun-1.327348