BTC USD 49,132.5 Gold USD 1,784.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Yang Kawin Lagi 1, Dpt RM 1000

NEMO

CG Super Hardcore Club
Messages
109,190
Paid Membership
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,190
Reaction score
1,043
Points
1,101
MELAKA: Lelaki di negeri ini yang sudah berkahwin bakal dihadiahkan wang tunai RM1,000 oleh kerajaan negeri jika memilih ibu tunggal miskin sebagai isteri kedua.

Langkah itu diharap dapat membantu golongan itu memulihkan kehidupan mereka yang selama ini tidak diberi perhatian.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, yang mencadangkan pemberian imbuhan itu, bagaimanapun menegaskan hadiah wang tunai itu mempunyai syarat tertentu seperti tidak menceraikan isteri pertama.

Katanya, langkah terbabit bukan menggalakkan lelaki berpoligami tetapi mengurangkan beban ibu tunggal yang selama ini hanya bergantung harap dengan bantuan kebajikan daripada pelbagai pihak.


Selain mendapat hadiah berkenaan, beliau berkata, mereka boleh memperoleh pahala daripada Allah swt kerana berkahwin dan membantu ibu tunggal miskin yang memerlukan belaian dan penjagaan seorang lelaki.

Lelaki yang berhasrat berbuat demikian perlu mematuhi syarat tertentu seperti tidak menceraikan isteri pertama kerana dianggap terkeluar daripada tujuan program dilaksanakan.

Perkara itu masih pada peringkat pertimbangan. Kerajaan negeri akan memutuskan mengenainya selepas perbincangan dibuat dengan beberapa pihak termasuk Jabatan Agama Islam Melaka, Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga serta Jabatan Kebajikan Masyarakat,¡± katanya di sini, kelmarin.

Mohd Ali berkata, dalam usaha menangani gejala sosiol seperti kegiatan seks luar nikah dan Mat Rempit, kerajaan negeri mempertimbangkan memberi hadiah serupa kepada belia yang mendirikan rumah tangga sebelum berusia 30 tahun.

Katanya, galakan seperti itu mampu membasmi gejala tidak sihat terbabit daripada berleluasa dan menggalakkan belia berkahwin pada usia muda.

Ketika ini, ramai remaja perempuan dikesan melahirkan anak luar nikah yang mencemarkan kesucian Islam dan maruah diri serta keluarga.

Ramai tenaga profesional di negeri ini mencadangkan kepada saya mengenai hal terbabit. Saya fikir ia baik untuk belia di negeri ini.

Sebab itu kita sedia mempertimbangkan memberi insentif kepada belia yang berkahwin awal iaitu pada usia bawah 30 tahun supaya mereka mempunyai rasa tanggungjawab kepada keluarga, katanya.
 
Sponsored Post

alonso

CG Hardcore Club
Messages
62,520
Paid Membership
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
bg duit dululah,
baru kawin:eek::eek:
 

taurusboyz90

Legendary Member
Messages
10,017
Joined
Apr 20, 2008
Messages
10,017
Reaction score
119
Points
123
aik:-?..macam2 cara di buat..tapi mampukah menyelesaikan kemiskinan di melaka?:-?
 

Viere

CG Top Poster Club
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
setiap bini di melaka la ni mesti risau.... hahaha
 

akay

Banned
Messages
14,865
Joined
Jan 30, 2008
Messages
14,865
Reaction score
17
Points
115
mlm sok nak balik melaka ni :-?:-?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register