BTC USD 117,905 Gold USD 3,355.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Warga Emas Maut Berbalas Tembakan Dengan Polis Di Johor Bahru

combat13

Super Active Member
Messages
7,171
Joined
Dec 18, 2007
Messages
7,171
Reaction score
224
Points
73
e5facd6a2204dd04fae876625d2408a65eafe1098208a.jpg


Seorang lelaki warga emas maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Taman Molek, di sini, kira-kira 3.10 pagi tadi.

Ketua Polis Johor Datuk M.Kumar berkata dalam kejadian itu dua kenderaan polis yang sedang menjalankan rondaan telah mengesan sebuah motosikal jenis Honda Vario ditunggang lelaki tempatan berusia 63 tahun itu di kawasan Jalan Persiaran Bumi Hijau di taman berkenaan, dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata susulan itu, pasukan polis telah mengekori dan berjaya menahan motosikal tersebut di kawasan berhampiran.

“Bagaimanapun ketika pihak polis ingin turun bagi membuat pemeriksaan, penunggang motosikal itu telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka menyebabkan polis membalas tembakan bagi mempertahankan diri.

“Hasil pemeriksaan mendapati lelaki terbabit telah terkena tembakan dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar berkata pihaknya turut menemukan sepucuk pistol jenis ‘Smith and Wesson’ di atas jalan berhampiran suspek serta empat peluru hidup dan dua kelongsong.

“Semakan mendapati suspek mempunyai 14 rekod jenayah dan dadah termasuk satu rekod di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, satu rekod Akta Senjata 1960 serta satu rekod Masih Dikehendaki Polis.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971,” katanya.

Beliau seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah dan dadah supaya menghubungi talian hotline polis Johor dengan menelefon 019-2792095 atau hubungi bilik gerakan di talian 07-2212999.

 
Back
Top
Log in Register