BTC USD 17,245.0 Gold USD 1,789.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki warga asing 'pukau' wanita curi wang, makanan kucing

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,714
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
33,714
Reaction score
4,436
Points
261
Awards
1
Lelaki warga asing 'pukau' wanita curi wang, makanan kucing

MOHD HARIS FADLI MOHD FADZIL
Polis sedang mengesan lelaki warga asing yang didakwa mengunakan ilmu pukau untuk mengambil wang dari mangsa.
SERDANG - Polis sedang mengesan lelaki warga asing didakwa memukau seorang wanita sehingga mangsa menyerahkan sekeping wang RM100 tanpa dipaksa di sebuah klinik haiwan di Seri Kembangan, di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalangan berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa, seorang wanita tempatan yang bekerja sebagai pembantu klinik pada Selasa.

"Mangsa mendakwa pada jam 5.48 petang telah datang seorang lelaki disyaki warga asing memakai pelitup muka telah mengambil makanan kucing berharga RM11.

"Semasa membuat pembayaran suspek menunjukkan sekeping wang RM100 lalu berkata dia tiada wang kecil dan seolah-olah dipukau mangsa memberikan sekeping wang RM100 kepada suspek," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Anbalangan berkata, mangsa hanya menyedari kejadian itu berlaku selepas suspek beredar dari premis bersama makanan kucing berkenaan.

Katanya, semakan mendapati tiada kejadian sebelum ini berlaku menggunakan modus operandi sama dilaporkan dalam daerah Serdang.

"Jumlah kerugian kes ini sebanyak RM111 dan jika ada mangsa lain pihak polis sarankan untuk membuat laporan di balai terdekat.

"Sekiranya masyarakat mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek seperti dlm gambar boleh hubungi pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang atau mana-mana balai polis berdekatan," ujar beliau.
 
Top
Log in Register