akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 54,720
Top Poster #2
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 54,720
- Reaction score
- 6,482
- Points
- 881
- Awards
- 1
Lelaki warga asing cabul pelajar di tempat awam diberkas
Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki mencabul seorang pelajar tingkatan enam di Jalan Melati, Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam. - Foto PDRM
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki mencabul seorang pelajar tingkatan enam di Jalan Melati, Wangsa Maju, di sini, semalam.
Kejadian berlaku sekitar jam 3.15 petang itu, ketika mangsa sedang berjalan kaki seorang diri untuk pulang ke rumahnya.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, berkata suspek disyaki melakukan perbuatan cabul terhadap mangsa ketika melalui Jalan Melati 1, di lokasi berkenaan.
"Mangsa kemudian menjerit meminta pertolongan sebelum diselamatkan orang ramai yang berada di kawasan berhampiran.
"Pada masa sama, suspek melarikan diri bagi mengelak ditahan orang ramai sebelum berjaya diberkas di Stesen LRT Taman Melati," katanya ketika dihubungi media hari ini.
Mohamad Lazim berkata, pihak polis yang dimaklumkan mengenai kejadian kemudian menangkap suspek yang sudah dikepung orang awam dan membantu menahannya.
"Hasil pemeriksaan suspek adalah lelaki warga asing berusia 32 tahun.
"Suspek ditahan reman bermula hari ini selama empat hari sehingga 6 Ogos depan bagi membolehkan siasatan lanjut terhadapnya dijalankan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.