combat13
Super Active Member
- Messages
- 7,171
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 7,171
- Reaction score
- 224
- Points
- 73
Seorang lelaki warga Amerika Syarikat pengsan selepas tergelincir ketika menuruni Gunung Datuk di Rembau, petang tadi.
Komander Operasi Kanan Pegawai Bomba Tinggi II (KUP) Zaini Salleh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.10 petang dan tiba ke lokasi mangsa di Check Point 1 Gunung Datuk pada 4.40 petang.
Beliau berkata lelaki berusia 65 tahun itu bersama isteri dan seorang anak lelakinya datang dari Shah Alam, Selangor ke Seremban untuk bercuti, sebelum mendaki Gunung Datuk pagi tadi.
"Warga emas itu tergelincir lalu kepalanya terhantuk pada batu sebelum tidak sedarkan diri. Dia kemudian dibawa turun oleh pasukan bomba dengan bantuan anggota perhutanan.
"Isterinya berusia 65 tahun merupakan warga tempatan dan anak lelaki mereka, warga Amerika Syarikat berusia lingkungan 30 tahun," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Zaini berkata pasukan bomba membawa turun mangsa menggunakan pengusung dan kemudian diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya pada 5.36 petang.
Beliau berkata operasi menyelamat membabitkan 15 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota serta BBP Rembau tamat sepenuhnya pada 5.41 petang.
Loading…
www.bernama.com