BTC USD 57,367.7 Gold USD 1,788.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki ugut bunuh Obama kena penjara

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
MIAMI: Seorang hakim persekutuan Amerika Syarikat menjatuhkan hu-kuman penjara tiga tahun ke atas seorang lelaki Florida kelmarin kerana mengugut membunuh Presiden Barack Obama dalam satu emel yang ditulis: "Darah Obama akan mengalir di jalan raya."

Nathan Wine, 21, mengaku di hadapan hakim di Tampa, Florida Ogos lalu bahawa dia menghantar emel ugutan kepada Arahan Merekrut Tentera Amerika pada 5 November 2008, sehari selepas Obama memenangi pilihan raya presiden.

Wine dalam pengakuan bersalahnya berkata dia sengaja menghantar emel itu sebagai ugutan bunuh, walaupun tidak mendedahkan motif sebenarnya.

Dalam mesej emel yang mengandungi banyak ejaan salah, Wine berkata, dia "tidak kisah dipenjarakan."

"Saya tidak akan aman selagi pemimpin zalim di Amerika itu tidak dibunuh.

"Darah Obama akan mengalir di atas jalan raya di DC," katanya. � Reuters
 
Sponsored Post

mtx_69

Super Active Member
Messages
8,190
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
hakhak padan muka ko pi ugut2 org..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register