Lelaki tunggu hukuman mati nafi bersalah, dapat pengampunan Sultan Selangor

Recommended Brokers


TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,292
Reaction score
20,666
Points
1,661



SUNGAI BULOH: Ibu seorang banduan di Penjara Sungai Buloh yang kini menunggu hukuman mati merayu Sultan Selangor memberikan pengampunan kepada anaknya.

Sudah 13 tahun Shahrul Izani Suparman, ketika itu berusia 19, ditahan polis atas kesalahan mengedar 622 gram kanabis.

Pada 2011, Shahrul, kini 32, dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Shahrul kini menunggu keputusan rayuannya yang difailkan pada 3 Mac 2014, kepada Lembaga Pengampunan, Peguam Negara dan Sultan Selangor, selepas rayuannya ditolak oleh Mahkmah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

“Saya meminta semua pihak dapat mendoakan yang terbaik untuk usaha terakhir ini. Semoga pihak berwajib dan Sultan Selangor dapat memansuhkan hukuman mati terhadapnya,” kata ibunya, Sapenah Nawawi, ditemani aktivis hak asasi di luar Penjara Sungai Buloh, pagi tadi.

“Bantulah dia sehingga ke penghujung, dan semoga ia berakhir dengan baik,” katanya.

Beliau seakan kehilangan kata-kata selepas menerima lebih 200 kad ucapan hari lahir kepada anaknya dari seluruh dunia, inisiatif pertubuhan Amnesty International Malaysia sempena Hari Menentang Hukuman Mati Sedunia hari ini.

“Sebagai ibu saya tidak dapat berkata apa-apa melainkan ucapan terima kasih,” kata Sapenah yang sempat menyampaikan ucapan itu kepada anaknya.

Amnesty turut menjalankan kempen tandatangan menyokong Shahrul, dan setakat ini berjaya mengumpul 10,202 tandatangan dari seluruh dunia.

Shahrul ditahan pada 2003, ketika itu berusia 19 tahun, dalam satu sekatan jalan raya ketika menunggang motosikal kawannya.

Sepanjang perbicaraan, dia bertegas tidak tahu-menahu tentang kewujudan bahan tersebut yang dibalut dengan kertas surat khabar dan terselindung pada motosikal tersebut.

Pengarah Eksekutif Amnesty Malaysia, Shamini Darshni berkata kes Shahrul membuktikan betapa Malaysia perlu memansuhkan hukuman mati.

“Sepanjang 13 tahun, Shahrul kekal dengan kenyataannya tidak tahu (kewujudan bahan tersebut). Hukuman mati mandatori meletakkan beban pembuktian kepada tertuduh, dia dianggap bersalah sejak awal,” katanya.

Katanya lagi, tiada bukti hukuman mati mampu mengurangkan jenayah, selain hanya menafikan “peluang kedua” kepada pesalah.

Malaysia merupakan antara 58 negara yang masih melaksanakan hukuman mati, di kala negara lain sama ada sudah tidak lagi melaksanakannya atau memansuhkannya daripada undang-undang, termasuk di kebanyakan negara Eropah.


http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/10/11/ditahan-ketika-remaja-lelaki-tunggu-hukuman-mati-nafi-bersalah/
 
Update # 2
Banduan terlepas hukuman gantung, dapat pengampunan sultan


Shamini (kiri) bersama Sapenah.

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang dijatuhkan hukuman gantung kerana mengedar dadah pada 2009 terlepas daripada hukuman itu selepas mendapat pengampunan diraja oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Shahrul Izani Suparman, 33, dan keluarganya dimaklumkan mengenai berita itu seminggu yang lalu di Penjara Sungai Buloh.

Ibunya, Sapenah Nawawi, 59, bersama-sama dengan pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International yang berusaha merayu agar hukuman itu diringankan berkata, dia amat gembira anak lelakinya diberikan peluang kedua.

"Saya amat bersyukur kepada Tuhan. Saya mahu berterima kasih kepada Sultan Selangor kerana memberi pengampunan kepada anak saya dan juga terima kasih kepada semua yang berjuang untuk menyelamatkannya," katanya pada sidang media di ibu pejabat Amnesty International Malaysia pada Isnin.

Pada 2003, Shahrul Izani yang ketika itu berusia 19 tahun ditahan polis ketika sekatan jalan raya kerana membawa 622 gram kanabis.

Pada Disember 2009, dia didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Amnesty International Malaysia mengambil perhatian terhadap kes Shahrul dengan membuat rayuan kepada lembaga pengampunan negeri lembaga Selangor, menggesa meringankan hukuman mati itu.

Lebih 10,000 tandatangan dari seluruh dunia dikumpul sebagai kempen rayuan berkenaan yang bermula pada 2015.

Pengarah Eksekutif Amnesty International Malaysia, Shamini Darshni berkata, walaupun rayuan untuk meringankan hukuman mati diterima, tetapi penggunaan hukuman mati di negara ini masih berterusan.

"Sekarang Sultan Selangor telah memperkenankan permohonan rayuan pengampunan Shahrul, kita berharap Kerajaan Persekutuan akan menggunakan bidang kuasanya dan memansuhkan hukuman mati mandatori sebagai langkah pertama ke arah pemansuhan secara keseluruhan," katanya.


http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/27/banduan-diberi-pengampunan/
Update # 1
jumpe kat rumah sebelah
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA
(BIDANGKUASA RAYUAN)
[RAYUAN JENAYAH NO: B-05-337-2009]
ANTARA

SHAHRUL IZANI SUPARMAN
... PERAYU

DAN

PENDAKWA RAYA
... RESPONDEN

[DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM]
PERBICARAAN JENAYAH NO. 45-89-2004
Antara

Pendakwa Raya

Dan

Shahrul Izani bin Suparman

CORAM:
ABDUL MALIK ISHAK, HMR
AZHAR HAJI MA'AH, HMR
MOHTARUDIN BAKI, HMR

ALASAN PENGHAKIMAN

[1] Perayu telah dipertuduhkan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, iaitu mengedar dadah berbahaya jenis Cannabis seberat 622 gram. Perayu telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati mandatori.

[2] Rayuan Perayu telah didengar dan ditolak sebulat suara. Pada asasnya kami bersetuju dengan keputusan dan alasan-alasan penghakiman Hakim bicara. Berikut diperturunkan alasan penghakiman kami.

Fakta ringkas

[3] Bertindak di atas maklumat, SP6 mengetuai sepasukan polis dari bahagian D9 Ibu Pejabat Kontingen Polis Selangor, telah membuat pemerhatian di kawasan Jalan Haji Othman, Rantau Panjang, Klang. Dalam pemerhatian tersebut, pihak polis telah menahan OKT/Perayu yang pada ketika itu sedang menunggang motosikal jenis Yamaha Sport berwarna merah dengan nombor pendaftaran BDP 8358 yang tidak memasang lampu dalam keadaan mencurigakan yang kemudiannya telah membuat pusingan "U".

[4] Polis (SP6) mengekori motorsikal tersebut dan menghalang penunggangnya dengan kereta dengan cara mengiringkan keretanya, dan dalam masa yang sama SP6 telah menjerit memperkenalkan dirinya "polis". Penunggang motorsikal tersebut iaitu Perayu secara serentak telah melompat dari motorsikalnya lalu motorsikal tersebut terjatuh. Perayu telah melarikan diri sehingga ke selekoh dan telah berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan.

[5] Pemeriksaan badan dijalankan ke atas Perayu tetapi tidak menemui apa-apa barang salah. Dalam pemeriksaan yang dijalankan pada motorsikal tersebut pula, pihak polis telah menjumpai dua beg plastik berwarna merah di dalam bakul motorsikal. Pemeriksaan lanjut menunjukkan setiap satu beg plastik tersebut mengandungi satu ketulan mampat yang berisi dedaun kering disyaki Cannabis.

[6] Perayu bersama barang-barang kes telah dibawa ke IPD Klang, penandaan barang-barang kes dilakukan.

[7] Pada 18.12.2003 jam 2.28 petang, SP8 telah menyerahkan barang-barang kes kepada Ahli Kimia (SP4) untuk dianalisia. Hasil analisa SP4 ke atas kedua-dua ketulan mampat tersebut, beliau mengesahkannya sebagai Cannabis seperti yang ditakrifkan di bawah s. 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan berat bersih 622 gram.

[8] Menurut SP5, motorsikal BDP 8358 adalah kepunyaannya dan telah dipinjamkan kepada Perayu jam 8.00 malam yang sama Perayu ditangkap. SP5 juga mengesahkan barang-barang kes (seperti dalam gambar P4A dan P4B) tiada dalam raga motorsikal tersebut semasa Perayu meminjam motorsikal tersebut.

Kes prima facie.

Possession:

[9] Di akhir kes pendakwaan Hakim bicara telah membuat "affirmative finding" bahawa OKT/Perayu mempunyai "mens rea possession" terhadap dadah Cannabis yang menjadi hal perkara pertuduhan.

[10] Hakim bicara dengan jelas menyatakan di mukasurat 225 perenggan 14 Rekod Rayuan:

"Oleh itu untuk kes ini, berdasarkan maximum evaluation ke atas keterangan-keterangan saksi-saksi pendakwaan keseluruhannya yang didapati "not inherently incredible" dan berpandukan tafsiran "possession" tersebut serta "inferences" yang boleh dibuat berdasarkan keterangan "conduct" Tertuduh apabila ditahan, mahkamah berpuashati bahawa Tertuduh mempunyai "mens rea possession" ke atas ketulan Cannabis tersebut. Oleh kerana berat bersih Cannabis ini melebihi 200 gram, maka berdasarkan s. 37(da)(vi) Akta Dadah Berbahaya 1952, mahkamah memutuskan terdapat kes "prima facie " untuk Tertuduh menjawabnya sebagaimana pertuduhan".

[11] Dari penelitian Rekod Rayuan, fakta-fakta berikut adalah jelas dan nyata:

(a) Perayu dilihat menunggang motorsikal BDP 8358 seorang diri.

(b) Perayu tidak memasang lampu motorsikal serta mencurigakan, kemudiannya telah membuat pusingan "U".

© Perayu telah melarikan diri apabila disekat oleh motokar yang dinaiki oleh SP6. Perayu melarikan diri sehingga ke selekoh, selepas pergelutan Perayu berjaya ditangkap.

(d) Dari bakul motorsikal BDP 8358 tersebut, diperolehi dua beg plastik merah, tiap satu berisi satu ketulan mampat dedaun kering yang disyaki Cannabis.

(e) SP5 tuan punya motorsikal tersebut tidak meninggalkan apa-apa barang di dalam bakul motorsikal tersebut.

(f) Perayu ditangkap oleh pihak polis lebih kurang pukul 10.15 malam, bererti motorsikal tersebut berada di bawah kawalan beliau lebih kurang 2 jam sebelum tangkapan.

Conduct.

[12] "Perbuatan Perayu melarikan diri". Hakim bicara sedar bahawa jika terdapat dua versi atau inferens; versi/inferens yang memihak kepada Perayu perlu diterima. Prinsip ini telah diputuskan di dalam kes Abdullah Zawawi bin Yusof v. Public Prosecutor [1993] 4 CLJ 1; [1993] 3 MLJ 1. (Rujuk mukasurat 223 perenggan 11 Rekod Rayuan). Walaubagaimanapun Hakim bicara telah membezakan prinsip tersebut dengan fakta kes dihadapan beliau.

[13] Hakim bicara menyatakan seterusnya di perenggan yang sama:

"... keterangan Tertuduh (Perayu) melarikan diri, menunggang motorsikal tanpa memasang lampu (waktu malam lebih kurang 10.00 malam), serta membuat pusingan "U" perlu dilihat bersama keterangan SP5 (tuan punya motorsikal) bahawa tidak terdapat apa-apa barang di dalam raga motorsikal tersebut semasa Tertuduh mengambil pinjam dari SP5".

[14] Fakta di atas diperkuatkan lagi bahawa motorsikal tersebut berada di dalam kawalan dan jagaan Perayu lebih kurang 2 jam sebelum ditangkap serta kedudukan 2 beg plastik merah (P21 dan P25) di dalam raga motorsikal di hadapan penunggang adalah mudah dilihat. Perayu dilihat menunggang motorsikal tersebut seorang diri sejurus sebelum ditangkap, secara "maximum evaluation" adalah menjurus "irresistible inference" bahawa Perayu tahu mengenai dadah-dadah tersebut.

[15] Adalah jelas Hakim bicara menilai segala keterangan "as a whole" dan secara "maximum evaluation" memutuskan bahawa Perayu mempunyai pengetahuan mengenai dadah-dadah Cannabis yang menjadi hal perkara pertuduhan.

[16] Di dalam kes Aedy Osman v. PP [2011] 1 CLJ 273 Mahkamah Persekutuan memutuskan:

"The trial judge, after maximum evaluation of the evidence presented by the prosecution, had come to the finding that (i) the appellant had possession and control over the red bag and thus had knowledge of the contents therein and (ii) since the appellant had attempted to escape before he was apprehended, the appellant must have known of the contents in the bag for otherwise there was no reason for him to put up a struggle. There was no error committed by the trial judge in coming to such a decision".

[17] Pengedaran

Selepas membuat "affirmative findings" mengenai "mens res possession", Hakim bicara telah mengambilpakai (invoke) seksyen 37(da)(vi) Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk andaian pengedaran. Ini jelas dinyatakan oleh Hakim bicara di mukasurat 225 perenggan 14 Rekod Rayuan. Andaian ini adalah "rebuttable on the balance of probabilities".

[18] Pembelaan.

Pada waktu maghrib 25.9.2003 tersebut, sedang Perayu berada di rumah bersama ibu dan adik beradiknya di Rantau Panjang, Klang, beliau telah mendapat panggilan telefon dari kawannya bernama Zaidi mengajaknya makan. Perayu telah meminta Zaidi mengambilnya di rumah, tetapi Zaidi mengatakan beliau telahpun berada di kedai makan dan akan menunggunya di situ. Perayu telah meminta pinjam motorsikal dari abangnya tetapi abangnya tidak benarkan. Perayu selepas itu telah meminta duit daripada ibunya.

[19] Selepas itu Perayu telah pegi ke rumah jirannya bernama Mohd. Junaidi (SP5) untuk meminjam motorsikal daripadanya. SP5 telah membenarkan Perayu mengambil motorsikal SP5 iaitu Yamaha BDP 8358 yang terletak di garage rumah. SP5 tidak ikut Perayu ke garage kerana kuncinya sememang sentiasa berada di ignition motorsikal tersebut. Perayu mengatakan beliau selalu meminjam motorsikal SP5 sebelum ini. Perayu mengatakan di dalam keadaan garage yang gelap di situ, beliau telah menghidupkan enjin motorsikal SP5 tersebut dan menunggangnya untuk pergi ke kedai makan di mana Zaidi sedang menunggunya yang terletak di dalam jarak 2 km dari rumah SP5. Perayu mendakwa SP5 telah memaklumkannya sebelum itu bahawa motorsikal tersebut tidak mempunyai cukai jalan dan semasa Perayu menunggang pada malam itu, motorsikal tersebut juga tiada lampu dan beliau juga tidak memakai helmet. Oleh itu beliau menunggang motorsikal tersebut berpandukan cahaya lampu kereta yang lalu lalang dan cahaya lampu rumah-rumah yang berdekatan di sepanjang jalanraya.

[20] Adalah tidak dinafikan Perayu meminjam motorsikal BDP 8358 daripada SP5 lebih kurang pukul 8.00 malam hari tersebut. Pembelaan juga tidak mempertikaikan bahawa beliau ditangkap oleh pihak polis lebih kurang pukul 10.15 malam. Ini bererti fakta bahawa Perayu mempunyai kawalan dan jagaan terhadap motosikal tersebut lebih kurang 2 jam.

[21] Mengikut SD1 (Perayu) tujuan meminjam motorsikal tersebut untuk ke kedai makan untuk berjumpa rakannya bernama Zaidi. Perayu sendiri menyatakan untuk ke kedai makan itu hanya mengambil masa lebih kurang 10-15 minit sahaja. Perayu juga menyatakan bahawa beliau ditahan oleh polis semasa beliau di dalam perjalanan ke kedai makan untuk berjumpa Zaidi tanpa pergi atau singgah di mana-mana.

[22] Hakim bicara membuat "observation"; ke manakah Perayu yang mempunyai kawalan dan jagaan motorsikal tersebut dalam tempoh 2 jam walhal beliau hanya memerlukan 10-15 minit untuk ke kedai makan seperti yang dikatakan. Tiada penjelasan dari Perayu.

[23] Hakim bicara sedar bahawa tugas pembelaan hanyalah untuk menimbulkan keraguan yang munasabah. Ini jelas dinyatakan di mukasurat 229 perenggan 23 Rekod Rayuan. Walaubagaimanapun dari segi "trite law" untuk menimbulkan keraguan yang munasabah mestilah "real doubt" bukan "fanciful or imaginary doubt". Adalah jelas dengan kegagalan Perayu untuk menerangkan tempoh 2 jam beliau mempunyai kawalan dan jagaan terhadap motorsikal tersebut, tidak menimbulkan keraguan yang munasabah.

[24] Di dalam pembelaan Perayu menyatakan berlaku perlanggaran di antara motorsikal yang ditungganginya dengan sebuah kereta menyebabkan Perayu jatuh. Beberapa orang berbadan besar telah memegangnya, beliau terkejut dan melarikan diri. Semasa sedang berlari itu dia terdengar jeritan "Polis". Ketika itu baru Perayu teringat motorsikal yang ditungganginya itu tiada cukai jalan dan tidak mempunyai lampu serta dia tidak memakai topi keledar.

[25] Keterangan ini jelas menunjukkan bahawa Perayu melarikan diri bukan disebabkan ketiadaan cukai jalan, lampu dan topi keledar seperti yang dihujahkan.

[26] Mengenai isu motorsikal tersebut tidak mempunyai cukai jalan dan tidak memasang lampu, hanya ditimbulkan semasa pembelaan. Ianya tidak diutarakan semasa menyoal balas saksi-saksi pendakwaan, terutamanya SP6 (Pegawai tangkapan). Hakim bicara memutuskan ianya adalah keterangan fikir semula (afterthought) di perenggan 26 mukasurat 231 Rekod Rayuan. Kami tiada sebab untuk memutuskan sebaliknya.

[27] Di dalam kes Mahkamah Rayuan Megat Halim Megat Omar v. PP [2009] 1 CLJ 154 di mukasurat 167:

"Although in our criminal jurisprudence, there is no burden on an accused person to prove his innocence but merely for him to raise a reasonable doubt as to his guilt, it is trite that his defence should be put to the prosecution at an early stage during the prosecution case. Failure to do so may move the trial court to dismiss a particular line of defence as an afterthought, or a recent invention as happened in this case"

[28] Di dalam kes PP v. Dzul Akmal bin Omar [1999] 1 LNS 399:

"And, more importantly, it shows that the subsequent evidence of the Respondent when the defence is called, raising the different version for the first time, is a story or description of a version of events woven after hearing the prosecution evidence. Such evidence is not bona fide nor can it have much credibility when weighed against the previously unchallenged evidence of SP4. In the end, while all that can be said is that while the defence version is possible, the fact those assertions were not put to SP4 when it could and obviously ought to have been done, must leave it as a possibility not in the least probable in the circumstances of the case".

[29] Pembelaan bukan sahaja penafian fakta yang mengaitkan Perayu dengan dadah-dadah dijumpai malah pembelaan juga merupakan fikir semula (afterthought).

[30] Di dalam kes DA Duncan v. Public Prosecutor [1980] 1 LNS 12; [1980] 2 MLJ 195:

"Now this evidence, if accepted and believed, is clearly sufficient to establish a prima facie case against the Appellant. The High Court at Alor Setar accepted it and called on the defence. The defence was in effect a simple denial of the evidence connecting the Appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the Appellant".

[31] Mengenai andaian undang-undang di bawah s. 37(da)(vi) Akta Dadah Berbahaya 1952, pembelaan tidak membawa apa-apa keterangan (any plausible explanations), untuk menyangkal andaian tersebut di atas imbangan kebarangkalian.

[32] Dengan alasan di atas kami sebulat suara memutuskan bahawa sabitan terhadap Perayu adalah selamat; dengan itu rayuan Perayu ditolak. Sabitan dan hukuman disahkan.

(MOHTARUDIN BAKI)
Hakim
Mahkamah Rayuan Malaysia.
Bertarikh: 12 JANUARI 2012
Last edited:
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
258,239
Reaction score
8,684
Points
2,226
Kadang² ada jgk yg nk pedajal orang
Orang yg tak tahu apa² yg kantoi
Tapi kalau betul bersalah
Terima aja la
 

dR-Nazar

Active Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
2,207
Reaction score
5
Points
25
takziah kak.... berat sunggoh dugaan.
 

myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,772
Reaction score
561
Points
161
Kalau penagih lain cerita tetapi kalau betul pengedar, terima sahajalah hukuman.

Tetapi kalau betu2 tidak bersalah, nanti masa kat akhirat boleh tuntut dengan mahkamah manusia, samada dengan hakim ke siapa yang pedajal dia.
 

johor1976

Super Active Member
Joined
May 7, 2016
Messages
8,975
Reaction score
537
Points
111
ketika menunggang motosikal kawannya.


ni la die. bole jd kt sape2 je. pinjam keta sekali kena tahan penuh parang kt blkg
Jd mule la tu.
Bahaya. Terutama yg selalu pi oversea
 

Breekachu

Super Active Member
Joined
Dec 15, 2012
Messages
6,288
Reaction score
134
Points
73
Kenali rakan anda lebih mendalam. Takut jadi mcm dia ni.
 

arul57

Super Active Member
Joined
Jul 21, 2008
Messages
6,127
Reaction score
65
Points
70
susah juga nak komen, disebabkan pengedar dadahlah, ramai umat melayu dok dlm penjara dek kerana dadah, jika dah tahu hukuman berat menanti jgnlah cuba2 jd tokan dadah..
menyesal dulu pendapatan meyesal kemudian dah x guna...
 

pecot85

CG Top Poster Club
Joined
Jan 11, 2009
Messages
27,979
Reaction score
826
Points
161
urin dia positif ke xde cerita pulak..3 elemen penting untuk tuduh kes narkotik..dalam kawalan/milikan/pengetahuan
 
Sponsored Post
Top
Log in Register