BTC USD 37,897.0 Gold USD 1,830.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Lelaki tular rampas beg ketika kemalangan kena tahan

maxpda

Super Active Member
gem
Messages
8,855
Joined
Jan 15, 2007
Messages
8,855
Reaction score
547
Points
121
Benda boleh settle jadi makin panjang. Lantak ko la labu... Sendiri cari masalah..
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,546
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,546
Reaction score
15,811
Points
2,066
Awards
1

Sakinah Sulong

2j ·

Dari kacamata peguam

Mahmud Jumaat

5j ·

WALAWEI TAK PASAL-PASAL KENE MASUK LOKAP (TIPS APABILA DITIMPA KEMALANGAN).

Ramai orang masih tidak faham bahawa menyimpan kad pengenalan orang lain tanpa sebarang kuasa yang sah adalah satu kesalahan bawah Peraturan 25(1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara.

Rakaman video yang diterbitkan adalah pertelagahan antara pemandu-pemandu yang terlibat dalam kemalangan selepas kereta BMW yang dipandu oleh seorang wanita telah tanpa sengaja terlanggar kereta Proton Gen 2 di hadapannya.

Pemandu tersebut dilihat seolah-olah berani mengambil beg tangan wanita tersebut tanpa kebenarannya atas alasan bahawa wanita tersebut enggan untuk memberikan kad pengenalan beliau kepada lelaki tersebut.

Yang pelik abang na amek kad pengenalan dia dah kenapa? Na pergi daftar nikah ke apa?

Sampai sahaja di Balai Polis dengan beraninya beliau hadir untuk membuat laporan polis. Sedar-sedar kene tahan dan disiasat bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Tips dari saya sekiranya berlaku kemalangan:
1. Cuba tenangkan diri sebelum keluar daripada kereta. Selawat la apa yang patut. Pastikan anda dalam keadaan selamat sebelum keluar daripada kenderaan anda;

2. Ambil telefon anda dan mulakan rakaman;

3. Sekiranya anda rasa keadaan tidak selamat, rakam keadaan anda dan pastikan no kenderaan yang terlibat dirakam. ATleast bila tunjuk polis Nampak macam bukan kes langgar lari;

4. Sekiranya anda merasakan anda dalam keadaan selamat, anda boleh keluar untuk berunding dengan pihak satu lagi atau rakam butir-butir kemalangan seperti:
(i) No pendaftaran kenderaan yang terlibat;
(ii) Keadaan Tempat kejadian;
(iii) Kalau boleh muka pemandu yang terlibat; dan
(iv) Sila ambil no telepon pihak yang terlibat.

5. Tak pelu bergaduh sekiranya kemalangan berlaku kerana tiada sesiapa yang ingin kemalangan untuk berlaku. Nama pun eksiden.

6. Tak perlu minta ic sebab dengan no plat kenderaan itu sendiri kita boleh mengetahui pemandu yang terlibat.

7. Selepas selesai rakaman dibuat, sekiranya perbincangan tidak dapat dicapai, tidak perlu buang masa. Terus ke balai untuk membuat laporan.

Saya nasihatkan tak perlu bergaduh untuk tentukan siapa betul atau salah, itu kerja polis trafik. Pergi ke balai. Biar mereka buat kerja mereka dan tuntut kepada insuran kenderaaan yang bersalah.

Apa guna bayar insuran mahal-mahal?

Wanita terutama nya perlu lebih berjaga-jaga. Takut jadi kes buli seperti atas. Jaga bicara, seboleh-bolehnya minta maaf dan elakkan provokasi di tempat kejadian. Jangan kira siapa betul siapa salah dulu. Leave it to polis trafic

Tak pasal-pasal kan dah dapat penyakit. Dah na kene lantik lawyer fight kes. Walawei

Anda pernah ditimpa kemalangan? Boleh ceritakan pengalaman anda?


 

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,032
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,032
Reaction score
3,126
Points
261
Awards
1
Abg nie tkt nie kereta klon kot, number plat palsu, roadtax palsu tu dia ambik beg tu hehehe
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register