BTC USD 102,502 Gold USD 2,705.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki tular pandu secara berbahaya ditahan



Lelaki tular pandu secara berbahaya ditahan

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki yang didapati memandu secara berbahaya di Jalan Kempas Lama dan Jalan Setia Tropika Utama di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara pada jam 4.42 petang Isnin.

Menurutnya, polis mengesan pautan video yang tular di Facebook mengenai kejadian tersebut.

"Video berdurasi 1 minit 20 saat itu memaparkan seorang lelaki memandu secara berbahaya dengan kerap menekan brek dan pada masa sama menukar haluan secara tiba-tiba.

"Pemanduan lelaki tersebut dirakamkan kamera papan pemuka sebuah kenderaan di belakangnya dan laporan polis dibuat pada jam 1.28 petang Isnin.

"Hasil ujian saringan awal air kencing dan alkohol lelaki berkenaan didapati negatif,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, kes disiasat bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000 untuk kesalahan pertama.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi dan menyalurkan maklumat menerusi talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara 07-5563122.

Sumber : Sinar Harian
padam uke
 
Sponsored Post

Kalau dah buat salah, angkat tangan minta maaf... Tak perlu tunjuk gangster..

Ko ingat jalan raya bapak ko punya ke..

Pagi tadi aku pun kena dengan driver bodoh, hilang mood pagi ni..dah buat salah, dia jeling mcm kita lak yang salah.. angkat tangan pun tak.. berlagak betul..
Biasa gitu la budak2 kereta kebal gini baru tukar sportrim je terus rasa jd ayahanda lebuhraya
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register