- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,894
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: “Saya kesal kerana ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama saya untuk menipu orang ramai kononnya boleh mendapat wang berlipat ganda dalam masa singkat.
“Perkara ini sekali gus mencemarkan imej saya sebagai penceramah motivasi dan penulis buku kerana kononnya mula menipu orang ramai,” kata jutawan Internet, Irfan Khairi, 32, yang kecewa selepas namanya digunakan seorang lelaki di Internet melalui e-mel untuk mempromosi sistem menjana pendapatan di Internet atau `piramid’.
Menurut Irfan, dia tidak tahu mengenai lelaki terbabit yang menyamar sebagai dirinya melalui e-mel hingga ada seorang wanita mengadu kepadanya mengenai ‘penipuan’ dilakukannya pada Selasa lalu.
“Saya tahu sejak bulan lalu daripada seseorang yang memaklumkan perkara ini, namun ia jadi semakin serius apabila membabitkan ramai orang yang ditipu,” katanya yang datang ke Balai Berita, semalam.
Katanya, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tidak bertanggungjawab itu.
“Jika saya tidak mengambil tindakan undang-undang, perkara ini akan terus berlaku dan sesiapa saja akan memperguna nama saya untuk kepentingan masing-masing.
“Perkara yang menimpa saya ini hanya menjatuhkan kredibiliti saya sebagai pakar perniagaan Internet kerana membabitkan nama saya dengan skim piramid.
“Saya tidak mahu lagi orang tertipu dengan lelaki ini yang mempunyai laman web dan meminta orang ramai memastikan semula alamat e-emel yang sebenarnya,” katanya.
Difahamkan, kes menyamar dengan menggunakan namanya bukan kali pertama terjadi apabila ada orang menipu orang ramai melalui SMS pada 2003.
Beliau membuat laporan polis di Balai Polis Damansara, kelmarin.
Dunia internet nie macam-macam tak kan jutawan internet tak tau kot...