Lelaki tidur bawah jambatan dapat rumah

CG Sponsors




kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,271
Reaction score
2,385
Points
206


Jelebu: "Saya gembira kerana akhirnya adik lelaki ada rumah sendiri dan selepas ini tidak lagi tidur di bawah jambatan.

"Saya akan belikan katil dan tempat menyimpan pakaian untuknya dan berharap dia selesa tinggal di rumah itu," kata Otemah Siku, 72 dari Kampung Mengkan Luar, Kuala Klawang iaitu kakak kepada Kamarolzaman, 57.

Katanya rumah yang dibina itu sesuai untuk adiknya yang bujang dan ia turut dilengkapi dengan bilik air.

Otemah berkata, rumah itu dibina berhampiran rumahnya bagi memudahkan adiknya datang ke rumah untuk makan dan minum.

"Sebelum ini adik lebih suka tidur di bawah jambatan yang hanya terletak 200 meter dari rumah berikutan tidak mempunyai rumah sendiri.

"Pernah diajak tinggal bersama dengan adik-beradik lain namun dia tidak mahu menyusahkan adik-beradiknya," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan rumah oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Klawang, Bakri Sawir.

Turut hadir Pegawai Daerah Jelebu Abdul Rahim A Aziz.

Otemah berkata, dia terharu nasib adiknya itu mendapat perhatian ADUN Klawang yang sebelum itu berjanji mahu menyelesaikan masalah adiknya itu.

Sementara itu Bakri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian Dan Industri Makanan Negeri Sembilan berkata, rumah berharga RM9,650 itu dibina menerusi peruntukan DUN.

Katanya ia mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan dan berharap penerima akan tinggal di rumah berkenaan.

"Saya ucap terima kasih kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan ( NGO ) yang memaklumkan keadaan lelaki itu sebelum ini dan seterusnya mengambil tindakan susulan dengan membina sebuah rumah buatnya.

Harian Metro pada 9 Oktober lalu menyiarkan kisah lelaki yang tidur di bawah jambatan berikutan tidak mempunyai rumah.

 
Sponsored Post

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,394
Reaction score
2,139
Points
201
Anak minang mendunio yo.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,965
Reaction score
21,122
Points
1,671
dapat ke umah camtu 9k je
 

afshaman

Active+ Member
Joined
Nov 8, 2013
Messages
3,047
Reaction score
259
Points
41
dapat ke umah camtu 9k je
dapat je...umah simple ngan bilik air simple...basic...dia tak dapat harga camtu kalau tangan atas tangan atas tangan...last2 jadi rm20K hahahaha
 

simplest_box

Active+ Member
Joined
May 21, 2012
Messages
4,894
Reaction score
108
Points
43
Kalau tanah sendiri dpt rege tu. 1 bilik 1 bilik air. Mcm chalet
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,545
Reaction score
1,384
Points
201
Harga kos tu.. gotong royong kot
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,851
Reaction score
682
Points
121
sebenarnya benda ni tak perlu tunggu ADUN turun padang pun.

kalau org kampung collect sorang rm10, rasanya dah mampu dah buat.

"rm1 kalau ada 1 juta org kumpul, jadi rm1 juta" - Trump.

tapi tu la, org kita nak keluar rm1 pun lokek.
 

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,487
Reaction score
461
Points
131
dia tido bawah jambatan pun boleh..

sekarang dapat rumah harga macam tu pun lega dah..

zaman sekarang pun ada rumah kontena.. tambah toilet. okdah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register