akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 57,610
Top Poster #6
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 57,610
- Reaction score
- 6,736
- Points
- 881
- Awards
- 1
Lelaki tidak berpakaian ditahan curi pakaian dalam wanita
KASIM MUDA
KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang tidak berpakaian ditahan semasa mencuri pakaian dalam wanita di asrama sebuah kolej di Likas, di sini, Selasa lalu.
Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan dalam keadaan hanya berseluar dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengadu yang menyatakan pintu utama asramanya dalam keadaan terbuka.
Pengadu mendapati terdapat seorang lelaki tidak dikenali berada di asrama berkenaan dalam keadaan tidak berpakaian dan hanya berseluar dalam.
“Susulan itu, polis telah menahan seorang lelaki berusia 33 tahun yang berada dalam keadaan mencurigakan.
“Pemeriksaan ke atas suspek serta beg sandang miliknya menjumpai pakaian dalam wanita yang telah dicuri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 379/448 Kanun Keseksaan dan siasatan masih dijalankan. – UTUSAN