akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 55,615
Top Poster #5
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 55,615
- Reaction score
- 6,549
- Points
- 881
- Awards
- 1
Lelaki terlepas hukuman gantung, dipenjara 8 tahun 10 sebatan, miliki syabu

Md Nasir Khamis dijatuhi hukuman penjara 8 tahun dan 10 sebatan atas kesalahan memiliki 101.79 gram syabu. -
Foto NSTP/MEOR RIDUWAN MEOR AHMAD
MELAKA: Lelaki yang sebelum ini didakwa atas pertuduhan mengedar dadah berbahaya methampethamine seberat 101.79 terlepas hukuman gantung apabila ditawarkan pertuduhan pilihan dan mengaku salah di Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, hari ini.
Atas pengakuan itu, mahkamah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan terhadap tertuduh, Md Nasir Khamis, 47 tahun.
Hakim Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid memutuskan demikian selepas meneliti keseluruhan fakta kes, rayuan tertuduh, Md Nasir Khamis, serta hujah pemberatan hukuman oleh pihak pendakwaan.
Ketika memberikan penghakiman lisannya, Mohd Radzi menasihati tertuduh supaya insaf dan tidak mengulangi kesalahan serupa serta memanfaatkan baki hukuman penjara untuk kebaikan.
"Apabila keluar nanti perbaiki hala tuju hidup," katanya yang memerintahkan tertuduh menjalani hukuman pemenjaraan bermula dari tarikh ditangkap pada 13 April 2022
Pendakwaaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nabilalif Mohd Rosli sementara tertuduh diwakili peguam, A Partheeban.
Mengikut pertuduhan pilihan tertuduh didapati memiliki dadah methamphetamine berat bersih 101.79 gram di hadapan premis kedai No 23, Jalan MP 15, Taman Merdeka Permai, Batu Berendam, di sini, pada 13 April 2022, kira-kira jam 10 malam.
Dia dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama.
Jika sabit kesalahan boleh dipenjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan hendaklah juga disebat, minimum 10 sebatan.
Pertuduhan asal adalah mengikut Seksyen 39B (1)(a) yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan minimum 12 kali sekiranya tidak dikenakan hukuman mati.
Terdahulu, peguam merayu supaya anak guamnya yang juga duda diberikan hukuman ringan kerana sudah insaf atas kesalahan dilakukan.
Katanya, tertuduh mempunyai anak bersekolah berusia 12 tahun selain ibu yang uzur berusia 86 tahun.
Pendakwaan bagaimanapun menghujahkan bahawa kesalahan berkaitan dadah adalah serius dan memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.
Mengikut fakta kes, Md Nasir ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dalam tugas Task Force Op COVID-19 di sebuah premis kedai di Taman Merdeka Permai, Batu Berendam kerana dilihat dalam keadaan mencurigakan.
Hasil pemeriksaan tubuh dilakukan menjumpai satu peket plastik lutsinar mengandungi 17 peket plastik lutsinar disyaki berisi dadah syabu di dalam beg silang dipegang pada tangan kanan tertuduh.
Barang kes dirampas dan hasil analisa oleh Jabatan Kimia Melaka mengesahkan ia mengandungi 101.79 gram dadah berbahaya methamphetamine.