BTC USD 65,107.2 Gold USD 2,358.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki tendang, pukul, tumbuk anak tidak sempat sambut hari jadi

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
51,198
Top Poster #10
Joined
Jun 17, 2007
Messages
51,198
Reaction score
6,251
Points
881
Awards
1
Lelaki tendang, pukul, tumbuk anak tidak sempat sambut hari jadi


Gambar hiasan
GERIK – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun cedera akibat dipukul di bahagian belakang badan oleh bapa kandungnya dalam kejadian di Kampung Perah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu selepas ibu saudara mangsa membuat laporan pada pukul 5.50 petang.

“Kejadian pada pukul 5 petang itu berlaku selepas suspek berusia 37 tahun datang dan masuk ke rumah pengadu lalu menumbuk dan menendang anak lelakinya di bahagian belakang badan.

“Suspek juga bertindak agresif apabila melibas parang di tangannya hingga hampir terkena mangsa,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Gerik untuk mendapatkan rawatan. Pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu mengalami kecederaan tisu lembut pada bahagian belakang badan dan paha.

Susulan kejadian itu, polis memberkas bapa kanak-kanak itu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dibawa ibu saudaranya yang berusia 35 tahun ke rumah wanita tersebut untuk menyambut hari lahir mangsa pada pukul 6 petang.

“Kanak-kanak itu bermalam di rumah ibu saudaranya dan akan dihantar pulang pada hari ini. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif suspek memukul anaknya hingga cedera,” katanya. – KOSMO! ONLINE
 
Back
Top
Log in Register