BTC USD 118,758 Gold USD 3,333.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki tempatan ditahan disyaki rogol, hamilkan kekasih bawah umur

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,113
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,113
Reaction score
6,992
Points
881
Awards
1
Lelaki ditahan disyaki rogol, hamilkan kekasih bawah umur

Kumara Sabapatty23 June 2024
MGF29052023_LOGO-POLIS-2-681x454
Gambar hiasan.
AMPANG – Seorang lelaki yang disyaki merogol teman wanitanya yang merupakan seorang gadis bawah umur sehingga hamil telah ditahan oleh polis untuk membantu siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya telah menerima aduan daripada pengamal perubatan yang memeriksa mangsa yang terbabit dalam kejadian yang berlaku di Flat Cahaya di sini baru-baru ini.

Katanya, pengadu seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun dari hospital kerajaan menyatakan pada 18 Jun lalu lebih kurang 1 pagi dia menerima seorang wanita berusia 16 tahun untuk menerima rawatan.

“Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati tahap sel darah merah pada badannya rendah sebelum pemeriksaan lanjut mengejutkan pegawai perubatan itu apabila mendapati pesakit bawah umur itu hamil dengan usia kandungan 32 minggu.

“Siasatan lanjut juga mendapati pesakit itu telah melakukan hubungan seks ketika berumur 15 tahun sembilan bulan dengan teman lelakinya yang dikenali selama setahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Azam, bertindak atas aduan, pada 21 Jun lalu jam lebih kurang 12 tengah hari, polis dari Ampang Jaya membuat tangkapan terhadap suspek.

Katanya, suspek merupakan seorang lelaki berusia 20 tahun warga tempatan dan tidak bekerja telah ditahan di Kawasan Wangsa Maju.


“Hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif dadah dan suspek kini direman selama seminggu sehingga 28 Jun ini untuk membantu siasatan lanjut polis,” katanya.

Kes sedang disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merogol yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. – MalaysiaGazette
 
Back
Top
Log in Register