Lelaki tegur kereta halang kedai ditampar

CG Sponsors




qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
AMPANG: Hanya kerana meminta mengalihkan kenderaan yang menghalang laluan, seorang pemilik kedai mencuci kereta bukan saja dibelasah, malah diancam akan dibunuh sekumpulan tiga lelaki ketika berada di depan premisnya di Pandan Cahaya, Ampang, baru-baru ini.
Difahamkan, mangsa yang berusia 40 tahun pada mulanya menegur seorang lelaki yang meletakkan kereta di laluan masuk kedainya sebelum dia meminta mengubah kenderaan itu. Namun, tegurannya itu membuatkan pemilik kereta terbabit tidak berpuas hati sebelum dia menghubungi dua rakannya untuk ‘menyelesaikan’ kes berkenaan. Menurut sumber polis, sejurus tiba di lokasi kejadian, seorang daripada rakan lelaki itu mengeluarkan pisau bagi menakutkan mangsa sebelum berlaku pertengkaran antara mereka. “Ketika bertengkar, mangsa secara tiba-tiba ditampar lelaki berkenaan sebelum dia mencabar mangsa membuat laporan polis. “Tidak cukup dengan itu, dua rakan lelaki berkenaan turut membelasah mangsa menyebabkannya cedera di badan dan kepala,” katanya. Malah, mangsa turut diugut akan dibunuh oleh seorang daripada lelaki berkenaan kerana dia tidak berpuas hati dengan teguran itu.

Sumber terbabit berkata, ketika kekecohan berlaku, secara kebetulan anggota polis. “Melihatkan keadaan mangsa yang ketika itu menahan kesakitan akibat kecederaan yang dialami, anggota polis bertanyakan kepada lelaki terbabit apa yang berlaku kepadanya. “Mangsa memberitahu yang dia dipukul dan dibelasah sekumpulan lelaki sebelum dinasihatkan membuat laporan di balai polis berhampiran,” katanya.
 
Sponsored Post

mtx_69

Super Active Member
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
apa punya kes,kes kecik pun nak tampar org..mungkin tokey tu cakap kasar kot..tu yg jd panas..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register