BTC USD 35,975.2 Gold USD 1,842.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Lelaki tegar curi kabel walaupun dirakam

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,555
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,555
Reaction score
466
Points
91
Lelaki tegar curi kabel walaupun dirakam

IPOH – Dua rakaman video seorang lelaki dipercayai mencuri kabel telefon milik Telekom Malaysia (TM) di Manjoi di sini tular di laman media sosial hari ini.

Video berdurasi lebih satu minit yang dikongsi pengguna bernama Zahir Isma’i turut mendapat pelbagai reaksi netizen.

Berdasarkan video itu, individu yang merakam aksi lelaki tersebut menegur tindakannya menurunkan kabel telefon menggunakan galah.

Namun lelaki berkenaan tidak mengendahkan teguran sebaliknya terus cuba menurunkan kabel tersebut dan membalas dengan berkata dia tidak menganggu individu yang menegurnya.

“Aku tidak kacau hang pun, pergi. Aku pergi ambil tempat lain pun dia tidak kacau dan sudah 10 aku ambil,” katanya.

Bagaimanapun, video itu kemudian telah dipadam dari akaun TikTok tersebut dan pemiliknya kemudian memuat naik video kedua dengan memaklumkan video pertama dipadam pihak TikTok.

Video kedua yang dimuat naik pula menunjukkan lelaki berkenaan turut mencuri kabel telefon sehari sebelum kejadian video pertama dirakam.

Rata-rata warga maya menyuruh pengguna akaun tersebut membuat laporan polis dengan segera.

Sehingga kini video kedua yang dimuat naik sekitar pukul 8 malam tadi telah ditonton lebih 50,000 pengguna dengan lebih 300 komen.- K! ONLINE
 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
36,005
Joined
Jul 1, 2008
Messages
36,005
Reaction score
2,739
Points
261
Awards
1
nasib aa tangkap lepas tangkap lepas ... lame2 TM malas nak sambung ..mereput la penduduk x ada internet
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,439
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,439
Reaction score
22,258
Points
1,831
Awards
1
Wah dah macam kait buah rembat kabel. Lain macam
 

barzrosz

Active Member
Messages
1,595
Joined
Oct 14, 2014
Messages
1,595
Reaction score
775
Points
81
Tangkap la weiiiii.....ada reward ...bole beli y suku sebiji
 

yussv

Active+ Member
Messages
4,236
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,236
Reaction score
662
Points
81
Kalau aku.. aku pegi amik kunci motor dia bwk lari.. haha..
 

putrateam

Fun Poster
Messages
107
Joined
Jan 13, 2016
Messages
107
Reaction score
33
Points
20
Macam ni rekod pastu hantar kat polis. Setel. Cuma takut polis taknak buat kes la. Tapi kalau ambik tibdakan sendiri naya.
 

Dato Kay

Active+ Member
Messages
4,388
Joined
Dec 3, 2007
Messages
4,388
Reaction score
143
Points
43
macam tempat aku, mereput la tak ada internet, TM merajuk tak mau sambung kabel dah
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register