Lelaki tak potong kuku selama 62 tahun catat rekod dunia

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
63,026
Reaction score
9,934
Points
1,746
Gadis tak potong kuku selama 3 tahun


SIMONE membela kukunya sejak tiga tahun lalu. - Agensi

Berlin: Seorang remaja memiliki kuku sepanjang 14.8 sentimeter selepas tidak memotongnya sejak tiga tahun lalu.

Simone Taylor, 16, mengambil masa tiga jam untuk mewarnakan kukunya malah dia menggunakan beberapa botol pengilat kuku setiap bulan.

Remaja dari Nuremberg, Jerman itu berkata, antara soalan lazim yang diajukan kepadanya adalah mengenai cara dia menjaga kebersihan terutama ketika membuang air.

Menurutnya, dia memutuskan membela kukunya selepas menonton video seni rias kuku dalam talian.

Simone membelanjakan kira-kira RM138 untuk menjaga kukunya setiap bulan. - Agensi
rupa dah cantik tapi kuku disimpan panjang gini, lahai mcm pengotor jugak la walau dia kata dia jaga kuku..

dia takpalah ambik masa 3 jam rias kuku sebab belajar je kerjanya...
kalau dia bekerja , susah jugak nak spend masa 3 jam atas kuku saja...

mmg tipikal perempuan betul dia ni haha :D

pasni boleh la dia bukak salon jadi manicurist :)
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,951
Reaction score
21,021
Points
1,671





Teen hasn't cut her nails for three years and has to type using her knuckles because they're so long - Mirror Online
 

faizk

Super Active Member
Joined
May 31, 2010
Messages
7,539
Reaction score
34
Points
70
acah2 wolverine la nih :D
 

kinz

Active Member
Joined
Oct 17, 2012
Messages
2,188
Reaction score
126
Points
33
Tak buat apa2 kerja ke? belek kuku saja hari2 boleh lah...
 

antagenaiz

Super Active Member
Joined
Oct 24, 2007
Messages
6,433
Reaction score
75
Points
70
dia dimarahi keluarga, sukar mendapatkan pekerjaan dan mencari bakal isteri.
menyusahkan diri sendiri...tp kalu dia potong nih kompom akan rasa lain sgt tangan dia ringan semacam
 

tomi

Active Member
Joined
Mar 10, 2015
Messages
1,796
Reaction score
412
Points
41
menyusahkan diri sendiri jer

cemana nak korek idung?
 

fazarudin

Legendary Member
Joined
Jan 2, 2006
Messages
10,985
Reaction score
258
Points
136
tak power lagi..sebab kuku tangan belah kanan pendek...kalau dua2 panjang memang seksa ko mat.. nak basuh berak lagi camne la tu
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,951
Reaction score
21,021
Points
1,671
Kuku akhirnya dipotong masuk muzium



New York: Pemegang rekod kuku terpanjang dunia dari Pune, India, akhirnya melepaskan gelarannya selepas dia memotong kuku yang disimpan selama 66 tahun dalam satu acara khas di New York, Amerika Syarikat.


Shridhar Chillal, 82, menghadiri acara memotong kuku itu di Muzium Ripley’s Believe It or Not! di Times Square awal minggu lalu dan kuku itu akan dipamerkan kepada orang ramai.

“Ia keputusan yang sukar untuk memotong kuku tetapi apabila memikirkan mereka akan meletakkan di muzium dan menjaganya, saya berasa ia keputusan yang baik,” katanya.

Menurut laporan Daily Mail, ukuran kuku yang dimilikinya sudah mencecah panjang sebuah bas iaitu 909 sentimeter sebelum dia membuat keputusan memotongnya.

Dia mendapat inspirasi menyimpan kuku tangan kiri pada 1952 selepas seorang guru memukulnya kerana secara tidak sengaja mematahkan kukunya.

Bagaimanapun, gurunya sudah memberi amaran bahawa amat susah menjaga kuku sambil berkata, dia tidak mungkin faham kecuali mengalaminya sendiri.

Pada 2014, Guinness World Records mengiktiraf Shridhar sebagai individu memiliki kuku terpanjang pada satu tangan.

Kuku terpanjang adalah pada ibu jarinya berukuran 179 sentimeter (cm).

Menurut Shridhar, dia amat berhati-hati dalam menjaga kukunya supaya tidak patah ketika tidur.

“Saya tidak boleh bergerak banyak, setiap setengah jam saya bangun dan menggerakkan tangan ke sebelah lagi.

“Saya amat menjaganya kerana ia mudah patah. Saya menghabiskan masa 66 tahun menjaga kuku ini,” katanya.

Berikutan kuku semakin panjang dan berat, tangan kirinya tidak dapat diguna atau digerakkan.


https://www.hmetro.com.my/utama/2018/07/357942/potong-juga-akhirnya
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,951
Reaction score
21,021
Points
1,671


.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register