BTC USD 66,841.4 Gold USD 2,663.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Sri Lanka Menyamar Warga Tempatan Guna Pasport Malaysia

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
62,448
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
62,448
Reaction score
6,918
Points
916
Awards
1
12.09.2024 - Cubaan seorang lelaki warga Sri Lanka menggunakan Pasport Antarabangsa Malaysia milik individu lain untuk keluar dari negara ini gagal apabila dia ditahan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, semalam. Lelaki berusia 21 tahun itu ditahan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam ketika cuba memasuki Thailand dengan menyamar sebagai rakyat negara ini menggunakan pasport Malaysia. engarah JIM Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata, hasil pemeriksaan mendapati, pasport yang digunakan adalah tidak sah, dan suspek dipercayai melanggar kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana memasuki dan menetap di Malaysia tanpa dokumen yang sah. Beliau berkata, perkara ini mencetuskan kebimbangan mengenai aktiviti sindiket pemalsuan dokumen antarabangsa yang semakin aktif, dengan pelbagai cubaan menyamar bagi tujuan penipuan dan penyeludupan manusia.

“Penahanan ini adalah hasil kerjasama strategik antara JIM Kedah dan pihak Imigresen Thailand. Kami akan menyiasat kes ini dengan lebih mendalam bagi mengenal pasti rangkaian sindiket yang terbabit,” katanya di sini hari ini.

Mohd Ridzzuan berkata, kes ini memberi amaran jelas bahawa kawalan sempadan akan terus diperketatkan bagi mengekang kegiatan penyamaran dan pemalsuan dokumen. Beliau berkata, aktiviti sindiket menunjukkan kepakaran rangkaian jenayah antarabangsa dalam memanipulasi sistem imigresen untuk tujuan eksploitasi, penyeludupan manusia, dan jenayah rentas sempadan.

“Kami tidak akan berkompromi dalam isu ini dan mana-mana individu atau pihak yang terbabit akan diambil tindakan tegas mengikut undang-undang. Suspek kini ditahan mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan ditempatkan sementara di Lokap Unit Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah (ICQS BKH) untuk siasatan dan tindakan lanjut. Fokus siasatan akan diberikan untuk mengenal pasti dalang di sebalik sindiket ini, yang dipercayai terbabit dalam aktiviti penyamaran sebagai warga tempatan bagi tujuan penipuan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register