Lelaki Singapura ditemui mati duduk atas mangkuk tandas

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR 20 Jan. – Seorang lelaki warganegara Singapura ditemui mati dalam keadaan duduk dan kaki bersilang di atas mangkuk tandas dalam sebuah bilik mandi di sebuah hotel bajet di Jalan Sultan, di sini hari ini.

Lelaki berusia 48 tahun itu dipercayai mati lemas akibat asap yang terkepung dalam bilik mandi itu berikutan pembakaran beberapa ketul arang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata, polis menerima maklumat daripada seorang tukang cuci hotel yang membuat laporan polis selepas terhidu bau busuk dari bilik berkenaan kira-kira 12 tengah hari tadi.

"Polis terpaksa memecahkan pintu tandas dalam bilik lelaki terbabit yang dikunci dari dalam. Ketika ditemui, lelaki itu berada dalam posisi duduk di atas mangkuk tandas dan sudah tidak bernyawa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, beberapa ketul arang yang terbakar turut ditemui di tempat kejadian dan udara tidak dapat keluar kerana tingkap tandas itu tertutup. – Bernama
 
Sponsored Post

manja

Active Member
Joined
May 19, 2007
Messages
1,359
Reaction score
2
Points
25
aik! cara terbaru ke nk bunuh diri? :-?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register