Lelaki seludup 7,950 DVD cetak rompak ditahan di sempadan

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
BUKIT KAYU HITAM: Seorang lelaki yang mengambil upah menyeludup DVD cetak rompak ke Thailand ditahan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) bersama 7,950 unit DVD di pintu sempadan Malaysia/Thailand, pagi ini.

Komander UPP Kedah, Mohd Noor Idris, berkata lelaki berusia 31 tahun itu berasal dari Pulau Pinang ditahan hasil maklumat orang ramai ketika menunggu pintu sempadan dibuka untuk memasuki Thailand kira-kira jam 5.55 pagi ini.

"Anggota UPP menahan kereta lelaki itu yang menggunakan nombor pendaftaran Thailand ketika berbaris di Kompleks Imigresen dan Kastam (CIQ) Bukit Kayu Hitam, kira-kira 5 minit sebelum pintu sempadan dibuka.

"Hasil pemeriksaan rapi, mereka menemui 7,950 DVD cetak rompak daripada 28 judul filem selepas memecahkan ruang khas yang dibina di bahagian tayar simpanan di bonet belakang kereta lelaki itu," katanya di sini, hari ini.

Mohd Noor berkata, nilai pasaran tempatan DVD tersebut ialah RM35,000 manakala di Thailand bernilai RM79,500.

Katanya, siasatan awal mendapati lelaki itu pernah terbabit dengan penyeludupan minyak diesel dan beliau mendapat upah RM2 bagi satu DVD yang dibawa masuk ke Thailand.

Kes itu diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), untuk tindakan lanjut.

Ia disiasat mengikut Seksyen 3, Akta Hak Cipta Perihal Dagangan 1972 dan boleh didenda RM100,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan, kata Mohd Noor. - Bernama
 
Top
Log in Register