sekam padi
Super Active Member
- Messages
- 8,899
- Joined
- Dec 17, 2006
- Messages
- 8,899
- Reaction score
- 252
- Points
- 91
PETALING JAYA: Puluhan pengunjung sebuah stesen minyak di Kelana Jaya di sini, bertempiaran lari menyelamatkan diri kerana bimbang berlaku letupan sejurus sebuah kereta dipandu seorang lelaki merempuh dua pam minyak hingga tumbang dan menyebabkan minyak memancut keluar, petang semalam.
Dalam kejadian sekitar jam 4 petang, puluhan liter minyak petrol dari pam minyak yang tumbang berkenaan memancut keluar sebelum membanjiri kawasan sekitar pam minyak berkenaan.
Keadaan bertambah cemas apabila pemandu Toyota Wish yang merempuh pam minyak itu terperangkap dan pengsan dalam kenderaan berkenaan dipercayai akibat diserang penyakit sawan.
Seorang saksi kejadian, Mohd Akhbar Tajuddin, 37, berkata ketika kejadian pemandu lelaki yang berusia 30-an berkenaan memandu masuk ke kawasan stesen minyak itu.
Menurutnya, mangsa yang juga seorang ahli perniagaan tiba-tiba tidak sedarkan diri ketika membelok masuk ke kawasan stesen minyak itu sebelum keretanya merempuh sebuah pam minyak.
“Bagaimanapun, sebaik melanggar pam minyak berkenaan, tayar kereta mangsa yang terangkat didapati masih berpusing laju dipercayai kerana kaki mangsa terus menekan pedal minyak.
“Saya lihat tayar kenderaan itu berpusing ligat, namun kenderaan itu tidak berganjak kerana tersekat di bahagian pam minyak terbabit. Orang ramai yang melihat kejadian itu bagaimanapun tidak berani berbuat apa-apa kerana bimbang stesen minyak itu terbakar dan meletup,” katanya.
Menurutnya, beberapa anggota polis cuba membuka pintu kereta terbabit, namun ia terkunci menyebabkan usaha menyelamatkan pemandunya terbantut.
“Ketika itu saya lihat tayar kereta itu terus ligat berpusing tidak henti hampir 15 minit sehingga menyebabkan ia berasap dan berbau hangit.
“Namun, kereta berkenaan tiba-tiba bergerak sendiri sebelum melambung ke arah satu lagi pam minyak di lorong bersebelahan menyebabkan berlaku pelanggaran kuat,” katanya.
Menurutnya, pelanggaran kedua itu menyebabkan pam minyak berkenaan tumbang sama sekali sehingga minyak dalamnya tersembur keluar ke merata tempat.
“Sebaik melanggar pam minyak itu, kereta berkenaan kemudian bergerak laju dan melanggar tembok batu sebelum berhenti.
“Pada masa sama, beberapa anggota polis peronda yang berada di lokasi kejadian segera memecahkan cermin sebelah kiri kenderaan dinaiki mangsa sebelum membawanya keluar,” katanya.