BTC USD 51,633.5 Gold USD 1,681.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki sanggup lepaskan kereta kesayangan untuk beramal

CG Sponsors




akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,714
Reaction score
2,041
Points
201
Lelaki sanggup lepaskan kereta kesayangan untuk beramal
Astro Awani
Januari 24, 2021 19:00 MYT
Lelaki sanggup lepaskan kereta kesayangan untuk beramal

Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM) Firdaus Wong dalam laman Facebooknya pada Ahad menceritakan seorang lelaki yang sanggup menyerahkan keretanya kepada MRM untuk tujuan amal. - Gambar MRM
KUALA LUMPUR: Sanggup serahkan kereta kesayangan, yang diubah suai untuk ‘offroad’ demi kerja-kerja dakwah.
Demikian antara perkongsian Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM) Firdaus Wong dalam laman Facebooknya pada Ahad, menceritakan seorang lelaki yang sanggup menyerahkan keretanya kepada MRM untuk tujuan amal.

Menerusi tangkap layar WhatsApp dikongsi, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Zam menyerahkan kereta itu yang baru sahaja dibaiki, melibatkan kos sehingga RM15,000.
“Saya sebak apabila menerima mesej sahabat ini di Instagram. Bagaimana beliau sanggup berpisah dengan kenderaan yang beliau sangat sayangi iaitu Ford Ranger yang telah diubahsuai untuk ‘offroad’. Itu demi ‘pelaburannya di akhirat’. Allahuakbar.

“Alhamdulilah. Hari ini beliau telah menyerahkan kenderaan kesayangannya itu kepada kami dan kini kami di MRM perlu memastikan kenderaan kesayangannya itu terus berbakti kepada masyarakat agar beliau dan kami di MRM mendapat redha dan ganjaran di akhirat kelak.
“Amanah sahabat semua akan kami tunaikan sebaik mungkin,” tulisnya dalam Facebooknya pada petang Ahad.

Sumber Facebook FirdausWongMRM
Menerusi tangkap layar berkenaan, Zam berkata kereta tersebut sesuai untuk kerja-kerja berat termasuk meredah kawasan banjir.
Ketika ditanya kereta apakah yang akan dipakai pada hari-hari mendatang, ini jawapan Zam:
“Ada la tu rezeki kereta lain kot. Tak tahu bang, tadi saya duduk seorang, bosan, tenung kereta...rasa banyak sangat benda tuhan bagi senang tapi tiada lagi kerja dakwah saya buat.
“Kereta ini tidaklah cantik tapi memang sayang betul dengan kereta ini. Kondisi terbaik yang saya buat ini.

“Ambillah bang, guna. Kalau nanti abang dalam syurga, tak jumpa saya, jangan lupa tanya Zam mana,” tulisnya.
 
Sponsored Post

ilhamjabil

Super Active Member
Joined
Jul 27, 2008
Messages
6,870
Reaction score
1,531
Points
141
“Ambillah bang, guna. Kalau nanti abang dalam syurga, tak jumpa saya, jangan lupa tanya Zam mana,” tulisnya.

Allahuakbar...Ayat ni buat saya menangis
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,281
Reaction score
2,630
Points
206
inilah lelaki harapan dunia.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,558
Reaction score
12,173
Points
1,906
amat mengagumkan bila kita tahu sejauh mana seseorang muslim sanggup buat dan berkorban demi Allah, agamanya dan kepercayaannya pada Akhirat
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,249
Reaction score
1,070
Points
156
“Ambillah bang, guna. Kalau nanti abang dalam syurga, tak jumpa saya, jangan lupa tanya Zam mana,” tulisnya.

Allahuakbar...Ayat ni buat saya menangis
Betul ni tuan.
Itu sebab kita yang tak berapa baik ni kena bergaul dengan orang yang baik2 seperti alim ulama dan qariah masjid.
Nanti bila kita sebagai contoh diletakkan di neraka, mereka ni lah yang merayu pada Allah supaya kita ni dipindahkan ke Syurga.
Nanti ada ustaz2 yang merayu pada Allah untuk kita kerana mereka pernah bersama2 kita dalam saf yang sama, kuliah maghrib yang sama atau mana2 amal kebajikan yang kita buat di dunia ni.
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,018
Reaction score
747
Points
121
aku cemburu dgn org2 mcm ni, dia lepaskan dunia demi akhirat.

org2 mcm ni susah mcm mana pun nanti hidup dia kat dunia ni, dia takkan ada satu pun kesedihan malah gembira.

aku plak, masih terkejar2 dunia. masih berfikir2 nak beli fon baru apa plak, padahal dah ada byk fon.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,325
Reaction score
21,166
Points
1,671
Mantap. Cc besar ford ni 3.0 xsilap
 
Sponsored Post
Top
Log in Register