alonso
CG Hardcore Club

- Messages
- 62,529
Paid Membership
- Joined
- Mar 1, 2008
- Messages
- 62,529
- Reaction score
- 426
- Points
- 531
BUKIT MERTAJAM: Dia pantang melihat coli dan seluar dalam wanita, tetapi tabiat pelik seorang lelaki mencuri pakaian dalam wanita itu akhirnya membawa padah apabila dicekup orang ramai yang mengesyaki sesuatu berikutan gelagatnya yang mencurigakan.
Lelaki berusia 30-an itu ditahan orang ramai ketika menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan di sekitar Taman Jernih, Bukit Tengah, dekat sini, jam 9 pagi kelmarin.
Tindakannya mengelilingi taman beberapa kali dipercayai untuk mengesan barang curi menyebabkan penduduk mula curiga lalu menahannya.
Penduduk turut mengajukan soalan kepada lelaki terbabit sebaik ditahan, tetapi dia gagal menjawab menyebabkan mereka berang.
Penduduk yang membuat pemeriksaan dalam raga motosikalnya menemui dua beg berisi coli dan pakaian dalam wanita disyaki dicuri, lalu menahannya sebelum diserahkan kepada polis.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Superintendan Mohan Singh Tara Singh mengesahkan kejadian itu dan berkata lelaki terbabit ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki Bangladesh yang diculik sekumpulan warga asing diselamatkan selepas tiga warga Bangladesh, seorang warga Myanmar dan dua wanita Indonesia ditahan polis.
Kejadian berlaku Ahad lalu apabila abang mangsa menerima panggilan daripada kumpulan suspek terbabit mengatakan mereka sudah menculik adiknya berusia 20-an dan menuntut wang RM12,000 jika mahu dia dibebaskan.
Berikutan itu, abang mangsa membuat laporan polis keesokan hari dan hasil siasatan, tiga lelaki Bangladesh ditahan di sebuah pasar raya di sini.
Hasil soal siasat ke atas tiga suspek terbabit, polis menahan seorang lelaki Myanmar dan dua wanita Indonesia yang turut terbabit dalam penculikan itu di Kubang Semang.
Mohan Singh berkata, keenam-enam suspek direman sehingga 29 September ini untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 385 dan 342 Kanun Keseksaan iaitu mendapatkan wang dengan cara mengugut.