BTC USD 63,794.6 Gold USD 1,776.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki rentung dibakar dalam kenderaan pacuan empat roda di Ipoh

mr_xhizors

Active Member
Joined
Aug 3, 2010
Messages
2,407
Reaction score
16
Points
30
IPOH: Sepasukan anggota bomba yang memadamkan kebakaran sebuah kenderaan pacuan empat roda terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki yang rentung di tempat duduk belakang kenderaan itu hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ipoh Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata kejadian berlaku di lorong belakang sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Ringan Kinta Jaya, Kampung Rapat pada kira-kira 1.15 pagi tadi.


“ Pasukan bomba bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan mengenai kebakaran sebuah kenderaan, namun apabila api yang marak itu berjaya dipadamkan mereka menemui mayat itu,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata mayat itu dikenal pasti sebagai S. Jegadeson, 34, dari Taman Botani, di sini dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.


“ Dia dipercayai dibakar hidup-hidup dan ketika ditemui mulutnya ditutup dengan pita pelekat,” kata Dzuraidi sambil menambah identiti lelaki itu turut disahkan isteri Jegadeson yang mengecam mayatnya menerusi pakaian dan cincin dipakai.


Sementara itu dalam satu lagi kejadian, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditembak mati oleh individu tidak dikenali di Taman Bertuah, Kampung Tawas petang semalam.

Dzuraidi berkata M. Regan ditemui mati dengan tiga kesan tembakan iaitu satu di kepala dan dua di bahagian dada.


"Mangsa seorang penganggur dan pernah ditahan sebelum ini atas kesalahan menyamun," katanya.

Mengulas kejadian itu, Dzuraidi berkata ia berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika Regan sedang minum bersama tiga rakan sebelum dihampiri dua lelaki.


“ Seorang daripada lelaki berkenaan bersenjatakan sepucuk pistol yang kemudian melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa. Dia mati di tempat kejadian.


“ Kedua-dua suspek yang memakai topeng kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal,” kata Dzuraidi.


Beliau berkata kedua-dua kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Dzuraidi meminta orang ramai mempunyai maklumat mengenai kedua-dua kes supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak melalui nombor telefon 05-2451522 untuk membantu siasatan.- Bernama
 

CG Sponsors




Top
Log in Register