BTC USD 56,956.9 Gold USD 1,833.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Rentung, 8 Kereta RM2j Hilang Ditemui

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
PULAU PINANG 10 Nov. – Seorang pembantu pengurus kedai menjual kereta mati rentung selepas penyamun membakar premis itu dan melarikan lapan kereta mewah bernilai RM2 juta dalam kejadian samun di Jalan Masjid Negeri di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 4 pagi itu, mangsa, Lim Sooi Huah, 41, yang juga abang kepada pemilik kedai itu sempat meminta tolong tetapi orang ramai tidak dapat membantu kerana api sedang marak.

Mangsa ditemui mati dengan 90 peratus badannya terbakar di salah sebuah bilik di dalam premis itu pada pukul 5.30 pagi selepas kebakaran berjaya dipadamkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.

Pengecaman mayat mangsa disahkan oleh ahli keluarganya berdasarkan jam tangan yang dipakainya serta kunci kereta Honda City yang ditemui pada mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner II, Wan Abdullah Tuanku Said yang ditemui di tempat kejadian berkata, siasatan awal mendapati premis tersebut tiada kesan dipecah masuk.

“Sebanyak lapan kereta mewah dilarikan manakala mayat seorang lelaki dijumpai rentung di dalam premis berkenaan.

Bagaimanapun, episod kehilangan lapan buah kereta mewah awal pagi tadi akhirnya berakhir setelah kesemua kenderaan tersebut berjaya ditemui semula dalam tempoh kurang daripada 24 jam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob mengesahkan penemuan itu hasil daripada maklumat orang ramai sejak ia dilaporkan hilang awal pagi ini.

Menurutnya, kereta-kereta mewah berkenaan ditemui di beberapa buah lokasi berasingan sekitar negeri ini.

‘‘Kesemua kenderaan yang dipercayai telah dicuri di premis perniagaan kereta mewah Rahman Brothers awal pagi ini, didapati berada dalam keadaan normal tanpa mengalami sebarang kerosakan.

‘‘Polis telah menjalankan pemeriksaan ke atas kereta-kereta tersebut dan mengambil cap jari bagi mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Ayub berkata, penemuan bermula seawal pukul 6 petang iaitu dua daripada lapan kereta tersebut, Mercedes-Benz CLS dan BMW 3 Series telah dijumpai di Apartment Aquamarine, Taman Desa Permata di Paya Terubong di sini.

‘‘Sebuah Toyota Alphard dijumpai di Opal Apartment, tiga lagi kereta ditemui di Kampung Pisang, sebuah lagi di Tanjung Court, semuanya di kawasan Paya Terubong.

‘‘Tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian itu turut ditahan di kawasan tersebut,” ujarnya.

“Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Turut berada di lokasi kejadian ialah Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob dan Timbalan Ketua Jabatan Sisatan Jenayah negeri, Supritendan Nashir Ya.

Antara kereta dilarikan oleh penyamun dalam kejadian itu yang dipercayai dilakukan lebih lima orang ialah Toyota Alphard, BMW, Mercedes- Benz, dan Toyota Caldina.

Difahamkan, rompakan itu dilakukan secara terancang berikutan cakera pemacu keras lima kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan musnah dalam kebakaran itu, dipercayai disengajakan.

Menurut Wan Abdullah, polis sedang giat menjalankan siasatan dari pelbagai aspek dan tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada perbuatan khianat.

Sementara itu, seorang saksi yang ditemui di tempat kejadian, Raja Rafizi Umran, 28, memberitahu, semasa dalam perjalanan dari Permatang Damar Laut, Batu Maung ke Teluk Bahang, dia ternampak kebakaran itu dan terdengar bunyi letupan di premis berkenaan.

“Saya terus telefon bomba. Sebelum bantuan tiba, saya dapati beberapa kereta sudah tiada serta pintu salah sebuah kereta di situ turut terbuka,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Skein Cit Banchong berkata, pihaknya menerima panggilan daripada saksi pada pukul 4.23 pagi dan tiba di tempat kejadian enam minit kemudian.

Katanya, lapan jentera tiba di tempat kejadian bersama 28 orang anggota termasuk daripada Bomba Sukarela Air Hitam, Kampung Pisang dan Paya Terubong.
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
rompak dah ler yang nak membunuh tu apsal...
 

Darkjahatz.inc

Fun Poster
Joined
Jul 22, 2008
Messages
475
Reaction score
0
Points
10
biasa le bro manusia kalau dah buat jahat mana puas... dia buat pakej rompak + bunuh... hihihi
 

brozul

Super Active Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
8,469
Reaction score
28
Points
70
tak phm aku dunia skang ni...
mcm2 hal.
 

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,519
Reaction score
18
Points
65
skang musim org merompak,bunuh...bahaya ar...

aku rasa ni kesan harga barang naik ar...

pastu manusia sentiasa tak puas...

kehendak lebih tinggi dari keperluan..

padahal tak mampu...jadi gini la..
 

ulam

CG Top Poster Club
Joined
Apr 30, 2008
Messages
22,373
Reaction score
59
Points
120
Ntah Ingat aym golek ker nak bakar...
Fening betoi ler skrg nie... :-?
 

AlchemisT

Permanently Banned - , Newbie hacker password stea
Joined
Feb 19, 2008
Messages
11,718
Reaction score
328
Points
131
mana lah polis...sesia jer
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register