BTC USD 99,797.1 Gold USD 2,718.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Pun Ada ‘Period’? Kenali Tanda-tanda Irritable Men Syndrome (IMS)

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,439
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
63,439
Reaction score
7,018
Points
916
Awards
1
Golongan lelaki mengalami keadaan yang dipanggil sebagai Irritable Men Syndrome (IMS) atau andropaus yang menyebabkan penurunan hormon. Kalau cakap bab perubahan emosi, mesti ramai terfikir golongan wanita kerana mereka mengalami haid pada setiap bulan yang akan mempengaruhi hormon dalam badan. Tidak dinafikan perempuan ketika ‘period’ agak sensitif dan mudah marah walaupun hanya melibatkan perkara-perkara kecil. Senang kata, ia adalah perkara biasa dan tidak terlalu mengejutkan. Tetapi, pernah tak suami atau kenalan lelaki anda tiba-tiba ‘moody’ tak tentu pasal? Percaya tak sebenarnya mereka juga mengalami ‘datang bulan’ seperti wanita? Mesti ramai tak pernah dengar kan?
1703411157067.png
 
Sponsored Post

Lelaki Pun Ada Premenstrual Syndrome (PMS) Ke?

Bagi golongan wanita yang mengalami perubahan emosi ketika haid, mereka berkemungkinan sedang mengalami Premenstrual Syndrome (PMS) seperti mengidam sesuatu makanan, mudah lesu, sakit pada bahagian dada serta pinggang dan sebagainya. Jadi golongan lelaki yang mengalami perubahan emosi ini melalui PMS juga ke? Memetik sumber Hello Doktor, tiada sebarang bukti kajian yang menunjukkan mereka mengalami PMS seperti wanita haid.
1703411194584.png
 

Lelaki Tiada PMS Tetapi IMS

Golongan lelaki sebenarnya mengalami satu keadaan yang dipanggil Irritable Men Syndrome (IMS) dan juga dikenali sebagai andropaus atau monopaus lelaki. Jangan keliru pula ya antara andropaus dan menopaus. Menopaus yang berlaku kepada kaum wanita mengakibatkan penurunan hormon secara drastik manakala andropaus pula menyebabkan penurunan hormon secara perlahan-lahan. Penurunan hormon dalam tubuh badan lelaki berlaku sebanyak 2% setahun ketika berada dalam lingkungan usia 30 hingga 40 tahun dan keadaan inilah yang menyebabkan mereka juga mengalami ‘mood swing’.
Irritable-Men-Syndrome-IMS-2.jpg
 

Simptom Irritable Men Syndrome (IMS)

Selain mengalami perubahan emosi, ada beberapa lagi simptom yang menunjukkan seseorang lelaki itu menpunyai IMS. Antaranya:
  • Mudah penat dan lesu.
  • Kerap berasa murung.
  • Cepat sensitif
  • Susah untuk fokus
  • Kerap terlupa
  • Kurang bertenaga
  • Nafsu seksual rendah
  • Penambahan berat badan
  • Rambut gugur
  • Sukar untuk tidur
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@dr.samhan), doktor ini menjelaskan bahawa golongan lelaki yang mengalami IMS ini kebiasaannya disebabkan oleh stres, lapar atau kurang belaian. Tambah doktor ini lagi, kajian mendapati bahawa kitaran hormon wanita boleh dijangka setiap bulan tetapi ketidakstabilan hormon lelaki sukar dijangka. Jadi bagaimana bagi mahu ‘mengubati’ lelaki yang mengalami IMS ini? Antara cara mudah yang boleh dilakukan adalah dengan memberikan ruang, masak hidangan kegemaran mereka dan memberikan layanan yang baik.

Semoga perkongsian ini dapat menyelesaikan persoalan anda tentang sikap pasangan yang tiba-tiba ‘moody’ macam perempuan.


Sumber asal https://hellodoktor.com/kesihatan-lelaki/lelaki-lain/gangguan-emosi-lelaki-andropaus/
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register