Lelaki Pesakit Mental Maut Terjun Bangunan

CG Sponsors




BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Lelaki Pesakit Mental Maut Terjun Bangunan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dipercayai pesakit mental ditemui mati dengan kecederaan teruk di kepala setelah terjun dari biliknya di tingkat 11, Blok 11 di Kondominium Genting Court, Jalan Genting Klang di sini, malam ini.

Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul Insp Edzrul Omar berkata lelaki berumur lingkungan 30-an itu ditemui mati oleh orang awam dalam keadaan tidak berpakaian kira-kira pukul 7.20 malam di tempat letak kereta.

"Pemeriksaan polis ke atas bilik mangsa menunjukkan tidak terdapat unsur jenayah dan kita tidak menemui sebarang dokumen mangsa.

"Kita juga menemui sebuah bangku berdekatan tingkap yang terbuka luas dan kita percaya mangsa naik atas atas bangku itu sebelum bertindak terjun dari biliknya," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki yang berasal dari Terengganu itu baru sebulan menetap di situ.

"Penghuni di rumah itu memberitahu mangsa sewa bilik itu baru sebulan untuk mencari pekerjaan di sini," katanya.

Beliau berkata setakat ini polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut manakala mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. - BERNAMA
 
Sponsored Post

rijal2009

Marked as Scammer, (until issue resolved)
Joined
Jul 8, 2009
Messages
9,169
Reaction score
286
Points
81
huhuh berhantu la kt tempat tu nanti..
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,141
Reaction score
79
Points
1,020
ngeri ... duk tempat tinggi2
 

janggut_X

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Oct 23, 2008
Messages
57,870
Reaction score
73
Points
520
tu la bahyenye tempat tinggi ni,bilo ado masalah,murung,mulo la setan hasut mcm mcm.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register