BTC USD 95,263.2 Gold USD 2,690.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki pengsan dipukul bekas teman wanita

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
18,766
Joined
Dec 6, 2010
Messages
18,766
Reaction score
1,292
Points
201
6179474950235209699_121.jpg

Lelaki pengsan dipukul bekas teman wanita

BANGKOK – Polis Thailand menangkap seorang wanita selepas dia menyerang bekas teman lelakinya secara ganas dalam kejadian di timur Pattaya pada Isnin lalu, lapor portal berita Pattaya Mail.

Polis menangkap Supatra yang juga dikenali sebagai Manao Roy Joob, 28, dalam kes cubaan membunuh selepas mendapat waran Mahkamah Wilayah Pattaya.

Supatra sebelum ini menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki itu tetapi cuba untuk memutuskan hubungan selepas mendapat tahu mangsa sudah berkahwin.

Namun, lelaki itu enggan berbuat demikian, malah menghantar rakaman video memaparkan keintiman mereka kepada anak perempuan Supatra, menyebabkan wanita itu mengalami tekanan emosi.

Apabila Supatra berdepan dengan lelaki tersebut, dia berkeras enggan memadamkan video mereka.

Dalam keadaan marah, Supatra menyerang bekas teman lelakinya dengan sepana besi, menyebabkan mangsa rebah dan tidak sedarkan diri.

Teman lelaki baharunya kemudian menendang mangsa, menyebabkan dia cedera parah.

Selepas serangan itu, kedua-duanya melarikan diri dari tempat kejadian tetapi polis kemudian menahan teman lelaki baharu itu. – AGENSI
 
Sponsored Post

Bekas teman wanita serang dengan sepana besi
Teman lelaki baru suspek tendang mangsa
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register