hiduprakyat
Legendary Member
- Messages
- 17,507
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 17,507
- Reaction score
- 1,185
- Points
- 201
Lelaki pecahkan cermin kaunter Unit Forensik HSB ditahan polis
Sungai Buloh: Berang tidak dapat lihat jenazah ahli keluarga menyebabkan seorang lelaki bertindak luar kawalan apabila memecahkan cermin di bahagian kaunter Unit Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, lelaki berusia 43 tahun yang juga pesakit mental ditahan polis di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Mohammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan daripada pihak hospital memaklumkan kejadian amuk dengan memecahkan cermin menggunakan topi keledar.
"Bertindak atas laporan, sepasukan anggota polis ke lokasi dan menahan lelaki terbabit serta merampas topi keledar yang dipercayai digunakan untuk memecahkan cermin berkenaan.
"Siasatan mendapati punca kejadian disebabkan suspek berasa marah dan tertekan kerana tidak dapat melihat jenazah ahli keluarganya yang meninggal dunia.
"Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan semakan mendapati suspek mempunyai sejarah pesakit mental dan beberapa kali tidak hadir janji temu dengan doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kerosakan kepada harta benda.
Beliau menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kegusaran awam.
#harianmetro