BTC USD 68,492.4 Gold USD 2,343.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki pecah cermin ambulans guna pedang ‘kwan tao’ ditahan

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
14,717
Joined
Dec 6, 2010
Messages
14,717
Reaction score
891
Points
171
Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki memecahkan cermin sebuah ambulans milik Kementerian Kesihatan (KKM) dengan sebilah parang jenis ‘kwan tao’, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata lelaki berusia 43 tahun itu bertindak sedemikian di sebuah bengkel membaiki penyaman udara kenderaan di Sibu kira-kira 12 tengah hari.

Beliau berkata pemilik bengkel itu kemudian membuat laporan polis kira-kira 20 minit kemudian sebelum sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu menangkap suspek pada 2 petang.

“Semasa ditahan polis merampas sebilah kerambit daripada tangan lelaki itu dan hasil pemeriksaan lanjut menemukan sebilah parang kwan tao di dalam kenderaan dipandunya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkipli berkata saringan awal air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis Methamphetamine dan polis masih menyiasat punca dia bertindak sedemikian.

Kes katanya disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

- Bernama

 
Sponsored Post

Hahaha korang nie, kopem geng 40 atas 🤣

IMG_7412.jpeg


Naga berapi mengejar rembulan
 
images.jpg



Ooo..Baru tau nama dia Parang Kuan Tao ( Mak saya dulu kata KUNTAU )


Tapi nampak lebih kurang Parang menebas kebun saya juga ni

saya cucuk batang Rotan besar kat hulu parang

Swing ...siap ada spring sikit...sedap menebas kebun..


(Ramai org suka parang panjang....saya suka parang yg hulu dia besi berlubang boleh sambung kayu...Rupanya Parang Kuan Tao lah tu )
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register