BTC USD 97,059.0 Gold USD 2,902.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki parah ditikam 11 kali oleh rakan serumah, dipercayai bergaduh semasa mabuk

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,662
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,662
Reaction score
2,149
Points
266
Awards
1
tikam-rakan.jpeg

Tangkap layar video tular seorang lelaki parah ditikam 11 kali rakan serumah dalam kejadian di Desa Mentari, Petaling Jaya, hari ini.

PETALING JAYA – Seorang lelaki tempatan cedera parah akibat ditikam sebanyak 11 kali sekitar badannya oleh rakan serumah dalam kejadian di Desa Mentari, di sini, hari ini.

Kejadian disedari orang awam sekitar pukul 5.45 pagi tadi dipercayai bermula apabila kedua-dua individu berkenaan bergaduh dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, maklumat awal diterima terdapat seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah di dalam sebuah rumah di tingkat lima bangunan itu.

“Bertindak atas maklumat, polis telah pergi ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa dalam keadaan terbaring di bahagian ruang tamu rumah dengan berlumuran darah.

“Mangsa dipercayai ditikam manakala suspek dijumpai dalam keadaan terbaring di tingkat bawah perumahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Shahrulnizam, pasukan perubatan daripada Hospital Sungai Buloh telah hadir ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati terdapat 11 tikaman pada sekitar bahagian badan mangsa.

“Suspek yang dipercayai cuba untuk melarikan diri dengan melompat dari tingkat lima rumah tersebut telah mengalami patah pinggang dan cedera rusuk kanan.

“Ketika kejadian dipercayai kedua-dua individu bergaduh dan dalam keadaan mabuk.

“Mangsa dan suspek telah dirujuk ke pusat perubatan untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Jelas beliau, pihak polis turut merampas sebilah pisau dipercayai digunakan dalam kejadian di lokasi sama.

Sehubungan itu, Shahrulnizam memaklumkan pihaknya membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE.

 
Sponsored Post

Lelaki mabuk tikam rakan 11 kali sebelum terjun dari tingkat lima​


0d1cdc35-c6c3-4050-badb-db084531b2cc.jpeg



PETALING JAYA : Seorang lelaki mabuk gagal mengawal emosinya apabila sanggup menikam rakan serumahnya sebanyak 11 tikaman dalam kejadian di perumahan Desa Mentari di sini, hari ini.

Dalam kejadian 5.45 pagi itu, suspek turut mengalami kecederaan selepas bertindak nekad terjun dari tingkat lima bangunan itu bagi melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar@Ismail berkata, satu laporan diterima berhubung kejadian itu.

Kata beliau, pihak polis kemudian bergegas ke ke lokasi sebelum menemukan seorang lelaki dalam keadaan terbaring berlumuran darah dipercayai ditikam rakan serumah.

“Suspek yang menikam mangsa ditemukan di tingkat bawah kawasan perumahan berkenaan dalam keadaan cedera,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Mengulas lanjut, kata beliau, suspek patah di bahagian pinggang dan cedera di rusuk kanan selepas terjun dari bangunan berkenaan.

“Kedua-dua merek dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

“Polis turut merampas pisau yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian berkenaan,” jelasnya.

Tanbah beliau, semakan rekod lampau mendapati kedua-dua individu terbabit tidak mempunyai rekod jenayah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register